Dulu admin ada update kisah seorang lelaki dari Indonesia tak boleh pilih nak kahwin dengan kekasih mana satu sampai akhirnya dia decide nak kahwin dengan dua-dua terus.
Rupa-rupanya, benda ni dah berjangkit dekat Malaysia pula, maklumlah nama pun berjiran, kadang-kadang kita memang suka ikut apa yang jiran kita buat. Hahaha
Baru-baru ni, Berita Harian melaporkan yang seorang lelaki dari Semporna, Sabah viral lepas gambar dia duduk dekat atas pelamin dengan dua isteri dimuat naik di Facebook.
Cerita pasal lelaki kahwin dua ni bukanlah benda baru kan? Tapi, jarang betullah lelaki kalau kahwin dua ni ajak dua-dua isteri bersanding sekali.
Sebab tu, bila sepupu pengantin lelaki yang bertuah tu (bertuah ke?) post gambar perkahwinan ni di Facebook, dia jadi bualan orang ramai. Dikatakan, perkahwinan ini diadakan pada Jumaat lepas di Kampung Bukas, Semporna.
Ceritanya, pengantin lelaki ni sebenarnya jatuh cinta dan bertunang dengan salah seorang daripada isterinya. Tapi, semasa lelaki ni bekerja di pusat pelancongan di Kota Kinabalu, dia berjumpa dengan seorang lagi wanita lain dan jatuh cinta.
Sebab tak nak pening-pening buka lagu UKAYS untuk dapat ilham perempuan mana yang dia patut pilih, lelaki ni buat keputusan untuk kahwin dengan dua-dua terus.
Muka pengantin macam tak happy je
Kerana gambar perkahwinan tiga mempelai ni dah mendapat banyak perhatian dari netizen, ramai memberikan pandangan yang berbeza tentang perkara ni. Biasalah, ada yang sokong poligami, ada jugak yang tak kan?
Ada jugak yang komen cakap muka pengantin perempuan macam tak happy je.
Kalau dah bersanding sama-sama macamtu mestilah semua dah setuju kan? Harapnya dorang bahagia hingga ke anak cucu.