in

Dua Budak Sekolah Bakar Diri Sendiri Lepas ‘Frust Menonggeng’ Suka Awek Sama

Bakar Remaja

Tonton movie tu ada baik dan ada buruknya. Inilah salah satu kesan buruk kalau terikut-ikutkan babak dalam sesebuah filem.

Menurut The Pioneer, dua pelajar sekolah berusia 16 tahun di Telangana, India telah bertindak membakar diri mereka sendiri selepas terpengaruh dengan babak di dalam sebuah filem Telugu.

Lebih teruk lagi, kedua-dua mereka berbuat sedemikian disebabkan mendapat tahu yang masing-masing menyukai gadis yang sama. Whuutttt?!

Menurut pihak polis, pelajar bernama Mahinder dan Ravi itu berada dalam kemurungan beberapa hari sebelum membakar diri apabila masing-masing menyedari mereka sukakan gadis yang sama. Difahamkan, mereka berada dalam ketakutan kerana risau akan dihukum jika perkara itu diketahui ibu bapa atau cikgu.

Mereka berdua menonton filem Telugu itu bersama-sama dan mendapat ilham sehingga membuat keputusan untuk mengakhiri nyawa kerana menyedari bahawa cinta mereka ditakdirkan tidak menjadi.”

Dua pelajar itu kemudian pergi bercuti bersama pada hari Ahad lalu dan membawa petrol ketika mahu meminum arak di kawasan tersorok pada lewat petang.

Kedua-duanya kemudian menuang petrol yang mereka bawa itu ke badan masing-masing dan terus menyalakan api, membakar diri sendiri.

Orang awam kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan menghubungi ambulan selepas melihat mereka sedang terbakar. Malangnya, Mahinder mati ketika baru keluar dari ambulan di sebuah hospital dan Ravi pula mati ketika dibawa ke hospital lain di daerah Karimnagar.

Polis mengesahkan bahawa ahli keluarga kedua-dua pelajar tu tidak tahu mengenai keadaan mental dan kemurungan yang dihadapi. Ahli keluarga bagaimanapun mendakwa ada pihak ketiga di tempat kejadian semasa insiden itu berlaku. Kes kini masih dalam siasatan pihak polis.

Baca: Lelaki Tetak Tangan Gadis Diminati Hingga Putus Kerana Berang Cintanya Ditolak

Page 31