Pernah tak anda sukakan seseorang tetapi cinta anda tidak dibalas. Apa yang anda akan lakukan? Kami pasti rata-rata akan menerima keputusan tersebut dengan seadanya dan move on. Namun apa yang dilakukan oleh seorang lelaki dari India ini sebaliknya pula selepas cintanya ditolak mentah-mentah.
Menurut The Sun, Vinod Chaurasia yang berusia 19 tahun telah menetak tangan gadis pujaan hatinya sehingga putus ketika membeli belah di sebuah pasar umum.
Vinod yang bekerja sebagai seorang pengimpal logam itu sudah menyukai gadis yang masih bersekolah tersebut sejak beberapa bulan lalu.
Kejadian tersebut berlaku sewaktu gadis yang berusia 15 tahun itu berjalan-jalan dengan adiknya di pasar Lakhimpur Pheri, negeri Uttar Pradesh. Vinod kemudiannya mendekati dan mempelawa gadis tersebut untuk keluar dengannya.
Gadis tersebut serta-merta menolak pelawaan Vinod dan dek kerana berang dengan tindak balas gadis itu, Vinod bertindak memotong tangan mangsa dengan pisau berkali-kali sehingga putus. Sampai macam itu sekali. Tak boleh terima hakikat ke dik?
Orang ramai yang berada di tempat kejadian berjaya menahan Vinod dan menurut pihak polis, gadis tersebut berada dalam keadaan kritikal kerana telah kehilangan banyak darah. Dia dilaporkan berada di sebuah hospital di Lucknow.
Setakat ini pihaknya masih menunggu gadis itu untuk sembuh sebelum mengambil kenyataan berhubung motif serangan berkenaan. Harap cepat sembuh supaya dapat bantu siasatan.
Kepada sesiapa di luar sana yang cintanya ditolak, janganlah lakukan tindakan sebegini. Kalau cinta ditolak tu, move on jelah. Bak kata pepatah bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Tak gitu?
Baca: Lelaki Rogol Dan Paksa Wanita Minum Gam Kerana Sakit Hati Lamaran Ditolak