Usahawan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Seri Vida (DSV) ingin menyelamatkan aset yang telah dibina dengan titik peluh sendiri kerana barang yang dia miliki itu mempunyai nilai sentimental yang tinggi buat dirinya.
Dalam pada itu, DSV turut mengesahkan bahawa individu yang menang bidaan barangan lelong dari kediaman mewahnya itu sebenarnya pekerjanya sendiri.
Artikel berkaitan : “Kalau saya bayar reputasi saya hilang nilai” – DSV Tak Menyesal Pertahankan Prinsip
Artikel berkaitan : “Siap mak boleh ada kat sebelah” – Netizen Pelik Lihat DSV ‘Join’ Cik B Buat ‘Presentation’ Dalam Kelas
“Saya yakin pasti ramai orang yang tahu sebab mereka selalu melihat orang itu bersama-sama saya. Siapa lagi kalau bukan dia yang membeli barangan saya.”
“Apapun, saya perlu selamatkan aset yang dibina dengan titik peluh sendiri, termasuk nilai sentimental pada perabot itu.”
Jelasnya lagu, biarpun berat hatinya untuk menerima kenyataan, dia tetap reda dengn ujian yang diberikan Tuhan.

“Dalam hati, saya hanya mampu kata saya tak halalkan. Sedih sebab hampir sejuta itu adalah titik peluh saya yang meniaga, buat live, pergi luar negara cari rezeki. Tapi nak atau tak, saya kena lalui juga. Mungkin Tuhan nak bagi yang lebih baik untuk saya.”
Vida juga turut akui yang dirinya sebelum ini terlalu ‘innocent’ dalam perniagaan sehingga akhirnya memakan diri.

“Dulu saya lurus ketika berniaga, dan akhirnya orang lain pula yang tersakiti seakan-akan dia yang menunggu rumah tak siap, duit habis, bayaran bulanan kena tanggung. Saya reda walaupun menerima kecaman. Saya percaya ada pelangi selepas hujan.”
Terdahulu, sebanyak 727 barangan peribadi milik DSV termasuk tiga kereta mewah jenama Toyota Vellfire, Toyota Grand Hi-Ace dan BMW X7 telah dilelong dengan jumlah bidaan tertinggi yang mencecah RM1 juta.
Sumber : Gempak
