in

Dr Malar Kongsi Hidup ‘Makin Stress’ Sejak Viral Di Media Sosial

Ft Dr Malar Stress

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak PKP, Dr Malar menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana pertuturannya yang lancar dan padat dengan info berguna bergenaan dengan Covid-19.

Bermula dari situ, beliau menjadi tumpuan netizen kerana ada banyak info bernas mengenai hal kesihatan bahkan ada sedikit unsur budaya. Kini laman sosial beliau iaitu Celoteh Dr Malar  semakin mendapat perhatian ramai.


Bagaimanapun, Dr Malar yang mempunyai kerja hakiki sebagai doktor di jabatan kecemasan mendedahkan yang beliau ada juga waktunya burned out kerana terikat dengan kerja hakiki dan kerja sampingan sejak famous. Kalau faham doktor ni, kerja dia memang penat apatah lagi kalau ada sampingan.

 

Hampir nak bunuh diri

Katanya, sejak dia terkenal, dia banyak menerima kiriman e-mel dan mesej  penuh setiap hari dengan jemputan ke pelbagai event, ceramah mahupun majlis.

“Walaupun saya agak culture shock, jemputan sebegitu sedikit sebanyak (banyak lah sebenarnya), mengujakan saya. Sebab tu saya gigih reply mesej-mesej dan email-email sampai 2-3pagi.”

Selain seorang di jabatan kecemasan di sebuah hospital swasta, Dr Malar juga ibu kepada 2 orang anak kecil. Maka, beliau tidak menafikan yang dirinya penat serta tertekan.

“Tapi, disebabkan oleh ke-terujaan tu, saban hari saya akan kuatkan diri untuk menjawab segala pertanyaan dari client, dan menyediakan diri untuk ceramah-ceramah yang dijemput.”

“Dan di situ lah bermulanya burnout. Saya pernah buat 3 ceramah dalam 1 hari. Saya pernah berceramah hampir 4-6jam sehari, lepas tu sambung masuk kerja. Saya pernah sediakan slide sampai pukul 5pagi, lelap sekejap lepas tu terus masuk shift pagi.”

Berikutan dengan kesibukannya itu, Dr Malar punya burnout dan stress semakin bertambah, disebabkan itu, berlakulah satu kesilapan besar apabila Dr Malar ter-double book untuk 2 event dalam satu masa.

https://www.facebook.com/CelotehDrMalar/photos/a.121276793333409/580294814098269

“Saya memang dah tersilap book 2 event pada tarikh dan masa yang sama.
Asalnya event A pada hari Selasa, dan event B pada hari Rabu.”

“Tapi client event A minta tunda, maka bila on-phone dia tanya, Rabu boleh ke, saya pun setuju terus. Lepas tu baru tersedar bahawa majlis mereka bertindih.”

“Kedua-dua adalah big clients dan kedua-duanya sy dah janji nak buat ceramah secara Live. Masing-masing mempertahankan mengapa majlis dia patut diutamakan.”

“Sedang saya dan suami duk pecah kepala memikirkan macam mana nak settlekan masalah antara dua client ini, datang satu lagi isu seakan-akan bom yang membuatkan kami terduduk.”

Dalam masa konflik untuk kerja sambilan itu berlaku, timbul lagi konflik lain timbul di tempat kerjanya yang hakiki.

“Pada hari yang saya ter-double booking tuh, ada masalah ketiga yakni sebenarnya saya bertugas di jabatan kecemasan. Jadi, 3 TEMPAT PERLUKAN Dr Malar dan diri saya hanya SATU.”

“Saya ingat lagi, pada senja itu, ketika saya terduduk kat kerusi ruang makan makan sambil pegang kepala, sambil memikirkan apa yang kami boleh buat untuk selesaikan masalah ini, sementara Mr Hubby berinteraksi dengan team Celoteh Dr Malar untuk bincangkan apa yang boleh jadi solusi, tetiba saya dongak pandang suami dan cakap…”

“Kalau saya mati kan senang, dah tiga-tiga tempat yang perlukan saya tak perlu berbalah untuk kehadiran Dr Malar. Mesti semua pihak akan senyap sbb dah tahu Dr Malar dah mati”

Bagaimanapun, masalah tersebut telah berjaya dileraikan apabila Dr Malar berterus terang dan dapat berbicara dengan pihak event. Sejak dari itu, beliau cuba untuk menguruskan masa dengan lebih baik dan catatkan semua aktiviti dalam sebuah planner.

Menurut Dr Malar lagi, selepas dapat menguruskan masa dengan elok, kadar burnout yang dialaminya jadi semakin terkawal.

Baca : “Takut jatuh hukum” – Dr Malar Tegur Wanita Islam Yang Pakai Tema Bollywood Hati-hati Sebab…

Ft Dr Malar Tegur Orang Pakai Baju Bollywood

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.