in

“Takut jatuh hukum” – Dr Malar Tegur Wanita Islam Yang Pakai Tema Bollywood Hati-hati Sebab…

Ft Dr Malar Tegur Orang Pakai Baju Bollywood

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita perhatikan, memang dah jadi trend untuk menggunakan tema Bollywood dalam sesebuah majlis, biasanya dibuat dalam meraikan hari Deepavali atau majlis perkahwinan.


Memandangkan kita baru sahaja meraikan sambutan perayaan Deepavali, pastinya kita dapat lihat ramai orang muslim memakai busana India.

Dalam menunjukkan keharmonian yang ada di negara Malaysia, Dr Malar yang berbangsa India sendiri tampil memberikan pesanan kepada wanita muslim agar berhati-hati sebab…

 

Boleh jatuh hukum

Kata Dr Malar menerusi TikTok, beliau ingin memberikan sedikit teguran kepada wanita muslim, katanya, busana India terbahagi kepada 2 komponen iaitu, komponen untuk bangsa India dan juga komponen untuk agama Hindu.

Komponen bangsa India seperti memakai Tikka, Sari, Lengha, aksesori rantai, gelang, cincin, subang hidung itu semua adalah budaya dan ianya tiada masalah.

Namun apa yang mendatangkan kebimbangan adalah orang yang beragama islam memakai Pottu di mana ia adalah komponen untuk keagamaan dimana lebih kepada agama Hindu.

“Kalau tengok sepatutnya wanita yang telah berkahwin akan memakai berwarna merah dan wanita yang belum berkahwin akan memakai berwarna hitam, tapi ini pun akan merubah-ubah mengikut kawan Geografi mereka di India.”

“Benda ini bukan budaya, jadi kamu kena jaga pakai Pottu, takut jatuh apa-apa hukum, saya tak pastilah hukum itu syirik ke, apa ke, kamu kena semak dengan ustaz dan ustazah, saya tak pasti.”

@drmalarss

Hati-hati dengan pemakaian tema Bollywood ye kengkawan. Yang budaya atau bangsa takde masalah, yamg agama tuh, fikir elok², tanya lah yang alim ulama ? Maaf kalau ada salah silap ??#fyp #fypシ #celotehdrmalar #deepavali2022

♬ original sound – Celoteh Dr Malar – Celoteh Dr Malar

Dr Malar menyatakan bahawa, beliau sebagai seorang beragama Hindu yang banyak berkawan dengan orang Islam yang menitik beratkan elemen Islam agak bimbang terhadap tindakan orang yang memakai Pottu itu.

“Hati-hati jika anda mengenakan tema Bollywood, jangan sampai tersasar, ambil yang bangsa dan budaya sahaja, hati-hati dengan komponen agama Hindu.”

Dalam pada itu, Dr Malar juga memohon maaf kepada orang ramai jika tegurannya ini ada salah silap dan menyinggung perasaan dan terbuka kepada pakar agama untuk tampil berikan keterangan.

Dalam masa 3 jam, video ini telah meraih hampir sejuta jumlah tontonan dan rata-rata netizen puji dengan cara Dr Malar ini membuat teguran dan ambil ikhtibar dengan perkongsiannya ini.

Baca : “Tak ada member India, no hal” – Lelaki Jemput Kawan Melayu ‘Open House’ Deepavali Raih Perhatian Netizen!

Hewfdq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.