in

“Dr. M layak dapat anugerah pelakon terbaik Academy Awards. Orang macam ni tak boleh pakai” – Najib

Dfddf 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang nak jadi ahli politik, kejap kena berbaik dengan orang tu, kejap kena berbaik dengan orang ni. Tak suka macam mana pun pada seseorang, mereka semua tetap kena bekerjasama demi kepentingan rakyat.

Contohnya Dr. Mahathir yang dulu habis-habisan perangi Anwar Ibrahim, tapi sekarang dia dah jalinkan hubungan baik dengan ketua pembangkang tu. Disebabkan hal ni, PM Najib kita menyifatkan yang Dr. M layak dapat anugerah lakonan.


Dr. M layak dapat Anugerah Pelakon Terbaik Academy Awards

Menurut Sinar Harian, calon Perdana Menteri pembangkang tu layak dapat Anugerah Pelakon Terbaik di Academy Awards sebab kelakuannya yang macam talam dua muka. PM Najib memberitahu yang tingkah laku Dr. M agak pelik sebab sekarang dia bersekongkol pulak dengan musuh.

“Eh katanya nak selamatkan Malaysia tapi saya tengok satu macam pelik dia ni (Dr. M) memang pelakon nombor satu,” kata Najib.

Dd 1
sumber: kosmo

Dulu kutuk Anwar sekarang berbaik

Kata PM Najib lagi, Dr. M macam manusia tak bermoral sebab lepas kutuk-kutuk Anwar dengan teruknya suatu ketika dulu, sekarang dia selamba je manis muka bersalaman dengan bapa kepada Nurul Izzah tu.

“Dengan pelbagai kutukan dahsyat kepada Anwar, manusia tiada moral sebelum ni. Segan nak kata tapi sekarang selamba beliau pergi mahkamah nak jumpa Anwar hulur tangan.”

“Dia layak dapat anugerah pelakon terbaik di Academy Awards. Memang orang macam ni tak boleh pakai. Ini bukan saya buat-buat fakta,” kata Najib lagi.

Dfddf
sumber: the star

Pemimpin politik kena ada pendirian dan maruah

Menurutnya lagi, pemimpin politik kena ada pendirian, maruah dan nilai diri. Tapi Dr. M sebaliknya dipergunakan untuk memecahkan undi orang Melayu. PM Najib juga ada buat kenyataan yang zaman pemerintahannya lah yang menyelamatkan legasi Dr. M.

“Nak selamatkan Malaysia tapi Malaysia Airlines pun tak selamat. Perwaja pun rugi.”

Uish macam-macam lah drama dalam politik ni ye. Ingat senang ke nak puaskan hati semua orang? Semoga ahli politik semua boleh berbaik-baik lah sesama sendiri demi kepentingan kami rakyat jelata ni.

Baca: Najib Tolak Berpelukan Dengan Pakcik Tua? Netizen Kecoh Berdebat di Media Sosial

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.