in

“Dos AstraZeneca sepatutnya 0.5ml” – [VIDEO] Lelaki Rakam Detik Suntikan Vaksin, Dakwa Terima Dos Kurang Dari Sepatutnya

Ft Vaksinkurang

Ramai netizen yang tidak melepaskan peluang untuk merakamkan detik ketika menerima vaksin Covid-19 begitu juga Anoogrehan Manoharan, 48, yang mengambil video suntikannya pada 19 Mei lepas.

Namun, menurut ahli pemasaran itu dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan mendakwa dirinya menerima dos vaksin kurang daripada yang sepatutnya. Anoogrehan telah menerima vaksin sekitar jam 10 pagi hari itu di World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL).

Video yang dirakam oleh Anoogrehan kini sudah tersebar di media sosial dan menurutnya selepas menerima suntikan, dia telah berjumpa dengan rakan perubatan.

Saya melihatnya dan saya nampak agak aneh dari segi dos yang disuntik kerana saya juga pernah melihat video lain.”

Saya fikir itu agak pelik, tetapi saya tidak tahu, jadi saya berjumpa dengan beberapa rakan perubatan saya dan ramai di kalangan mereka memberitahu saya kemungkinan besar dosnya lebih kecil daripada yang diperlukan.”

 

Menurut Malaysiakini, Anoogrehan turut mendakwa individu yang menyuntik vaksin tersebut tidak menuliskan namanya pada borang persetujuan. Bagaimanapun, ketika datang semula ke pusat pemberian vaksin untuk mengadu semalam, dia dimaklumkan bahawa ia adalah sebahagian daripada prosedur standard.

Katanya lagi, seorang wakil di BP Healthcare yang mengendalikan pusat pemberian vaksin terbabit telah memaklumkan bahawa pihak berkenaan kini sedang menyiasat dakwaannya itu. Sementara itu, mengikut maklumat produk yang terdapat di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), satu dos vaksin AstraZeneca ialah 0.5ml.

Bermakna kandungan dos akan mengisi kurang sedikit daripada separuh picagari 1ml yang kebiasaannya digunakan untuk vaksinasi. Namun, video tersebut menunjukkan kandungan dalam picagari suntikan tersebut jauh lebih rendah.

Vaksin4 1

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan dua kes berkaitan penerimaan dos vaksin kurang. Kedua-dua kes itu didakwa berlaku di WTCKL pada 19 Mei.

“CITF sedang melakukan siasatan terperinci mengenai kedua-dua tuduhan tersebut dan kedua-dua penerima vaksin telah dikenal pasti.”

“CITF ingin menekankan bahawa kami selalu mengutamakan kualiti perkhidmatan semua pakar kesihatan yang terlibat bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (NIP) termasuk pengamal perubatan swasta yang diuruskan oleh ProtectHealth Corporation Sdn Bhd yang terlibat dalam NIP.”

“Kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi standard yang kami tetapkan atau melanggar peraturan apa pun.”

Bagi kes satu lagi pula, seorang individu mendakwa dia hanya menerima sekitar 0.1ml dos vaksin dan kemudian kembali ke WTCKL untuk menunjukkan video dirakamnya. Dia kemudian diberikan dos vaksin tambahan 0.4ml.

Baca: “Hanya vaksin Pfizer-BioNTech sesuai untuk ibu mengandung” – KJ

Fi Vaksin 1