Pasti korang semua kenal animasi Doraemon kan? Biarpun kartun ini dah wujud sejak berpuluh tahun dahulu, namun ia masih relevan sampai ke hari ini.
Kartun ini pada muanya diperkenalkan melalui komik sebelum dijadikan kartun series pada tahun 1970. Disebalik keriangan, keseronokan dan kegembiraan dalam cerita ini, dikatakan terpalit kisah sedih disebaliknya.
Tapi untuk memudahkan kita faham, baca dulu sinopsis pasal animasi ni dulu.
Sinopsis Animasi Doraemon
Doraemon berkisah tentang kehidupan seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Nobita. Dia didatangi oleh satu robot kucing bernama Doraemon yang datang dari abad ke-22.
Doraemon ditugaskan untuk menolong Nobita agar keturunannya dapat merasai kejayaan daripada dibelenggu hutang yang akan terjadi pada masa akan datang disebabkan sikapnya yang dungu dalam pembelajaran.
Nobita seorang lelaki yang lemah, dia selalu di buli oleh Gian dan Suneo. Oleh itu, Doraemon yang memiliki peralatan canggih selalu bantu dia. Dari situ dia selalu bergantung harap dengan Doraemon.
Walaupunbagaimanapun peralatan yang diberikan itu seringkali disalah gunakan sampai makan diri dia balik dan terjerumus ke dalam masalah yang lebih besar. Mereka berkawan baik sampai tinggal serumah dengan keluarga Nobita.
Untuk pengetahuan, penulis asal Doraemon ini dikatakan adaptasi daripada kisah benar yang jauh lebih sedih, namun telah diolah semula dan ada tokok tambah.
Kisah asal watak Nobita, Doraemon adalah kawan imaginasi sahaja.
Dikhabarkan, Nobita yang sebenar memang wujud. Menurut sumber, Nobita yang asal menghidap Schizophrenia, satu penyakit mental yang tidak dapat kawal penyakitnya (halusinasi).
Budak lelaki berumur 9 tahun dari Jepun ni sering dibuli di sekolah kerana penyakitnya itu, dia juga terpinggir daripada rakan-rakan sebaya. Disebabkan penyakit itu juga, dia membayangkan satu watak untuk menjadi rakan imaginasinya dan ia dinamakan Doraemon.
Dalam imaginasinya itu, Doraemon selalu ada disamping Nobita. Doaremon juga ada menyediakan peralatan canggih seperti mana yang diceritakan dalam series yang kita telalu tengok tu.
Mereka ‘berkawan’ sehinggalah Nobita berumur 16 tahun, dia mula menjalani rawatan kaunseling dan ketika itulah dia baru sedar yang Doraemon tu tak pernah wujud.
Hal ini mengakibatkan Nobita kesepian sekali lagi dan kemurungannya bertambah teruk. Dia tak boleh nak terima hakikat tersebut dan bertekad untuk bunuh diri dengan menembak dirinya pada usia 16 tahun.
Itu lah menjadi inspirasi penulis untuk menghasilkan kartun Doraemin ni. Namun, ia tidak pasti kesahihannya lagi.