in

Pembunuhan Wayan Mirna Salihin: Diracun Kawan Baik Sendiri, Mangsa Maut Terminum Sianida Dalam Kopi Ais Vietnam Semasa Lepak di Kafe

Wayan Mirna Salihin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang bayangkan, kawan baik yang paling korang sayang dan rapat rupa-rupanya dalam diam menyimpan dendam dan tanpa korang sangka dialah menjadi penyebab kematian korang? Lebih kurang sama macam kes kematian Siti Surya tapi ini dari Indonesia…


Pada 6 Januari 2016, Wayan Mirna Salihin dilaporkan meninggal dunia selepas meminum kopi ais Vietnam yang dipesannya. Menurut Detik News, ketika kejadian, Mirna bersama dua rakannya, iaitu Hani dan Jessica.

Enmomwxveae4Ibu

Kisah menggemparkan ini telah mendapat liputan meluas media Indonesia dan menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

 

Siapa Wayan Mirna Salihin? 

Menurut Wikipedia Indonesia, Mirna atau nama penuhnya Wayan Mirna Salihin ialah gadis kecil molek berusia 27 tahun dan mempunyai seorang adik kembar seiras dengan nama Sendy Salihin.

Bapa mereka, Edi Darmawan Salihin memiliki beberapa perniagaan yang hebat dan besar, malah Mirna juga katanya memegang jawatan penting dalam salah satu perniagaan bapanya itu. Senang cerita, Mirna ini datang daripada keluarga senang dan kaya raya.

Dia juga melanjutkan pelajarannya di Billy Blue College of Design dan Swinburne University of Technology di Australia. Pada November 2015, Mirna akhirnya mendirikan rumah tangga dengan Arief Soemarko di Bali selepas bercinta selama 10 tahun.

10679874 10152731459267386 7321582046792050902 O C88C55E03811Fec212194167F290Cbf1

 

Perkenalan Mirna dan Jessica 

Menurut sumber, Mirna mengenali Jessica Kumala Wongso semenjak zaman belajar di Australia lagi. Mereka ini memang sahabat baik, namun setelah tamat belajar, Mirna dengan teman lelakinya pada masa itu, Arief pulang ke Indonesia manakala Jessica pula menetap di Australia.

Enmoniuvcaew8Bh

 

Kronologi pembunuhan Mirna

Sebenarnya terdapat beberapa kronologi berbeza dalam pembunuhan ini kerana Jessica sering mengubah-ubah jalan cerita.

  • Jessica tiba di Grand Indonesia pada pukul 2 petang dan berjanji untuk bertemu dengan tiga temannya, iaitu Mirna, Hani dan Vera di Kafe Oliver jam 5 petang.
  • Sampai di Kafe Oliver, dia booked meja nombor 54. Kafe Oliver ini katanya ialah pilihan Mirna.
  • Kemudian Jessica berjalan-jalan ke sekeliling mall. Dia membeli tiga bungkusan berisi sabun untuk diberi kepada tiga temannya.
  • Jessica kembali ke kafe dan memesan minuman buat rakan-rakan selepas bertanya di grup WhatsApp. (Jam 4 petang)
  • Minuman sampai. Minuman pertama yang sampai ialah minuman Mirna iaitu kopi ais Vietnam. Kemudian baru dua minuman lain tiba.
  • Rakan-rakan tiba di kafe. Yang hadir cuma Mirna dan Hani. Vera tak datang. Posisi tempat duduk: Mirna (tengah), Jessica (kiri) dan Hani (kanan).
  • Mirna kemudian minum kopi yang dipesannya. Dia mula rasa aneh dan minta kawan lain cuba mencium minuman itu. Jessica berkata, “Baunya aneh.” 
  • Mirna minta air kosong. Jessica bangun minta air pada pelayan.
  • Ketika Jessica kembali, tubuh Mirna sudah kaku, mulutnya berbuih, kejang dan mata setengah tutup.
  • Jessica dan Hani panik lalu menggoyangkan badan Mirna. Mereka panggil pelayan kafe.
  • Mirna dibawa ke klinik menggunakan kerusi roda. Atas permintaan suaminya, wanita itu dibawa ke Rumah Sakit Abdi Waluyo.

 

Bapa Mirna bongkar ‘pembohongan’ Jessica 

Menerusi wawancara yang diadakan bersama bapa Mirna, Edi Darmawan memberitahu beberapa fakta mengenai kematian anaknya. Menurutnya, antara fakta yang diperoleh ialah daripada rakaman CCTV yang membuktikan apa yang Jessica katakan itu salah. 

Pertama, Jessica tidak memesan air mineral yang diminta Mirna. Kedua, goodies bag yang dikatakan Jessica diletak atas meja selepas minuman datang itu ternyata diletakkan sebelum minuman dipesan dan dihantarkan pelayan.

Enmovycxmaecrvt
Lakonan semula jessica

Melalui video di CCTV boleh lihat macam mana Jessica menyusun goodies bag itu untuk alih pandangan orang dari dia ‘lakukan’ kerjanya. 

Kata Edi lagi, hanya Jessica sahaja yang tidak menangis saat keluarga dan teman berada di Rumah Sakit Abdi Waluyo.

Selain daripada itu, tiada sebarang bukti dari CCTV yang menunjukkan Jessica ada membantu Mirna. Dia hanya tengok sahaja kawannya menggelupur lalu mati begitu sahaja.

Enmu5Y0Uyayrg9B

 

Hasil siasatan polis 

Menurut forensik, hasil autopsi menemukan pendarahan pada perut Mirna disebabkan zat korosif yang berasal daripada racun Sianida. Kandungan racun tersebut telah merosakkan mukosa perutnya.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga telah mengeluarkan sampel kopi yang diminum oleh Mirna dan mendapati terdapat 15 gram racun Sianida di dalamnya. Pihak polis mengesyaki ada yang tidak kena dengan kematian Mirna. 

Menerusi siasatan mereka, polis telah menggeledah rumah Jessica untuk mencari seluar yang dipakainya pada hari kejadian tetapi sehingga sekarang seluar itu tidak ditemui.

Akhirnya pada 29 Januari 2016, Jessica telah diumumkan sebagai pelaku pembunuhan tersebut. Dia telah ditangkap keesokan harinya oleh pihak polis.

Enmooyoxeaezzb6

 

Cinta tiga segi, Jessica sebenarnya lesbian atau…?

Menurut laporan media Indonesia, tersebar satu perbualan WhatsApp antara Jessica, Mirna, Hani dan Vera yang agak kontroversi mengatakan Jessica sebenarnya seorang lesbian.

Antara kandungan mesej yang ditemui bapa Mirna ialah perbualan Mirna dan Jessica yang mana Jessica ada cakap yang dia mahu mencium Mirna. Tapi dakwaan itu ditepis Jessica yang menafikan wujudnya cinta tiga segi antara dia, Mirna dan suami Mirna.

994118 10152225819947386 1494352109 N 5C97A878056F713C6122De044F9Bd1B4

Ada juga laporan mengatakan suami Mirna, Arief ada kaitan dengan pembunuhan tersebut sebab dia beri wang yang banyak kepada seorang pekerja Kafe Oliver.

Bapa Mirna juga pernah menawarkan kereta Ferrari kepada individu tersebut supaya menceritakan hal sebenar tetapi sampai kesudah juga tiada apa-apa.

Apa-apapun yang jelas, Jessica katanya melakukan pembunuhan tersebut kerana dia iri hati dengan kebahagian dan kehidupan Mirna. Dia juga dikatakan marah kerana Mirna pernah mengkritik teman lelakinya dan meminta dia memutuskan hubungan dengan lelaki itu.

Pada 27 Oktober 2016, Jessica akhirnya terbukti bersalah meletakkan racun sianida dalam minuman Mirna. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.

Sumber: Wikipedia Indonesia, Detik News, Twitter @Amrlamnnn

Baca: “Dalam tangan Surya ada rambut” – Individu Dakwa Teman Arwah Cerita Kronologi Pembunuhan

Surya 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: IDN Times
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.