in

Doktor Tidak Putus Asa Berjaya Selamatkan Pesakit Selepas 2 Jam Berikan Bantuan CPR

Doc1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja pasal pengalaman berkaitan hospital, rata-rata individu akan menceritakan pengalaman pahit . Doktor terutamanya sering kali dipersalahkan jika sesuatu yang buruk berlaku di hospital. Namun, seorang doktor di China telah membuktikan sebaliknya apabila beliau berjaya menyelamatkan seorang pesakit yang hampir mati!

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang doktor di Guangxi, China telah berjaya menyelamatkan seorang pesakit lelaki yang berada di ambang maut kerana tidak berputus asa dan terus memberikan pertolongan berterusan kepadanya. Bagusnya doktor ni.


Doc1
sumber: china news

Insiden yang berlaku pada waktu tengah hari 6 November lalu bermula apabila seorang pesakit yang mengalami kekejangan dikejarkan ke unit kecemasan. Tanpa disangka-sangka, pesakit tersebut mengalami serangan jantung dan memerlukan rawatan segera.

Sewaktu cuba untuk menyelamatkan lelaki yang baru berusia 22 tahun itu, doktor dan pembantunya mendapati bahawa pesakit tersebut berhenti bernafas secara tiba-tiba! Kakitangan hospital cuba untuk mengembalikan denyut nadinya menggunakan pelbagai cara termasuklah defibrilator, bantuan pernafasan cardiopulmonary resuscitation (CPR) dan memberikan suntikan epinefrin.

Doc3
gambar hiasan

Sejurus selepas itu, lelaki tersebut kembali bernafas tetapi badannya masih dalam keadaan lemah dan tidak stabil. Melihatkan keadaannya, doktor itu masih berusaha untuk menstabilkan pesakit walaupun sudah satu jam mencuba. Mengikut prosedur hospital, bantuan perubatan akan dihentikan jika pesakit masih belum menunjukkan tanda-tanda pulih setelah 30 minit.

Jangan putus asa!”

Doc4
gambar hiasan

Doktor itu nekad untuk menyelamatkan pesakit berkenaan kerana merasakan bahawa peluangnya untuk hidup masih ada selepas melihat rekod kesihatan lelaki tersebut. Selepas dua jam memberikan bantuan pernafasan CPR dan 15,000 kali prosedur kecemasan mampatan dada, doktor dan pembantunya berjaya menyelamatkan lelaki tersebut!

Keadaan lelaki tersebut kini stabil dan telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Syukurlah doktor tersebut tidak berputus asa dan masih cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakitnya. Semoga wujud lebih ramai doktor yang penuh dedikasi seperti doktor ini!

Baca: Besarnya Pengorbanan Doktor Ini! Baca Kisah Beliau Yang Telah Menyentuh Hati Ramai Netizen

Doc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.