in

Tekak Gatal & Batuk Kering Antara 5 Simptom Baru Varian Omicron

Fi Simptom E1640401377278

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, lima simptom baru varian coronavirus Omicron telah dikesan dan ia dikatakan berbeza daripada jenis virus sebelumnya.

Melalui laman web NHS (portal berita England), individu yang mempunyai tiga simptom biasa Covid-19 iaitu suhu tinggi, batuk berterusan dan hilang bau atau rasa diminta untuk mendapatkan ujian PCR secepat mungkin.


Pun begitu, para doktor dan ahli epidemiologi percaya bahawa varian Omicron akan memberikan kesan yang berbeza berbanding rantaian Alpha, Beta dan Delta. Jadi, adalah amat penting untuk semua masyarakat mengetahui 5 simptom baru ini dan perkara yang perlu diberi perhatian.

Menurut Setiausaha Kesihatan United Kingdom, Sajid Javid, simptom-simptom ini telah dikenal pasti apabila varian tersebut telah menyebabkan kira-kira 200,000 kes jangkitan baru setiap hari. Di United Kingdom, kematian pertama yang melibatkan varian Omicron ini telah direkodkan manakala 10 orang lagi pesakit ditempatkan di hospital.

Dikatakan majoriti daripada 10 pesakit tersebut telah pun menerima dua dos vaksin dan berumur antara 18 hingga 85 tahun. Namun, tiada butiran sama ada mereka mempunyai sejarah lampau yang boleh menyebabkan mereka golongan berisiko tinggi untuk terkena jangkitan tersebut.

Kebanyakan mereka melaporkan simptom varian ini adalah tidak sama seperti varian yang sebelumnya. Ini merupakan laporan awal yang menunjukkan 5 gejala tersendiri varian Omicron ini:

  • Tekak gatal berbanding sakit tekak
  • Batuk kering
  • Keletihan yang melampau
  • Sakit otot
  • Berpeluh di waktu malam

Dr Angelique Coetzee, pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan, merupakan antara orang pertama yang mengesyaki rantaian Omicron, telah berkata beliau mendapati pesakit di kliniknya menunjukkan simptom yang berbeza daripada varian Delta.

“Gambaran klinikal yang ditunjukkan bagi varian ini tidak sesuai dengan Delta”- jelas Angelique yang memaklumkan kepada pegawai kesihatan apabila tujuh pesakit telah menunjukkan gejala berbeza dan ia kelihatan sangat berkaitan dengan jangkitan virus biasa.

Beliau berkata pesakitnya mengalami keletihan yang melampau, sakit otot, tekak gatal dan batuk kering. Tidak seperti varian sebelumnya, varian ini tidak menyebabkan kehilangan rasa atau bau.

 “Simptom lain varian ini ialah berpeluh terlalu banyak sehingga pakaian malam dan tempat tidur basah kuyup”,- jelas seorang doktor dari Afrika Selatan, tempat pertama varian Omicron mula ditemui.

Beliau juga berkata simptom ini merupakan tanda yang paling ramai pesakit alami telah dilaporkan.

Sumber: LancsLive

Baca: “Tak pernah nampak varian merebak secepat ni” – Kematian Omicron Pertama Dikesan Di UK

Baca Simtom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.