in

Doktor Didenda RM5,000 Buat Cerita Palsu Pasal Vaksin Sinovac

Doktor 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat satu kenyataan yang tidak benar pasal vaksin Covid-19 di media sosial pada April lalu, seorang doktor didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis harini selepas mengaku bersalah.


Tertuduh, Jamnul Azhar Mulkan, 53, yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Musyiri Peet.

 

Tertuduh merupakan doktor berkelulusan bidang perubatan dari luar negara

Menerusi Astro Awani, tertuduh didakwa mengeluarkan kenyataan itu menerusi Facebook dengan melalui satu FB Page, Facebook UiDM Polimas dan menggunakan nama profil UiDM Polimas.

Berdasarkan pertuduhan lagi, dia didakwa atas niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam yang mengandungi berita tidak benar melalui video ceramahnya.

Dia juga telah didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Klinik Kesihatan Beseri, Padang Besar jam 8.10 pagi 20 April lalu.

Tertuduh didakwa  melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 di mana sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

81624438741 Doktor

Dia juga boleh didenda kurang dari RM 1,000 untuk setiap hari sepanjang tempoh kesalahan itu berterusan selepas disabitkan kesalahan.

Pendakwaan itu dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Dalam pada itu Mohd Khairul membuat rayuan agar hukuman dapat dikurangkan, berharap agar pihak mahkamah boleh meringankan lagi dengan memberikan hukuman setimpal berdasarkan pengakuan bersalah anak guamnya yang menjimat masa dan kos perbicaraan di mahkamah.

Ceramah O Hmfield Image Socialmedia.var 1624436371

Katanya lagi, tertuduh juga  mempunyai 8 anak berusia antara 15 hingga 30 dengan enam orang masih belajar termasuk di institut pengajian tinggi.

Malah, tertuduh yang mempunyai lulusan perubatan universiti di Mesir dan mempunyai sebuah klinik di Pendang, dia tidak dapat menguruskan klinik itu sepenuh masa disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Katanya lagi, anak guamnya itu juga bukanlah seorang individu yang datang dari golongan antivaksin kerana dia sudahpun menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer pada 21 April untuk dos pertama dan 17 Mei  lepas untuk dos kedua.

Sementara itu, Mohd Nordin dalam hujahan balasnya pula mahukan pihak mahkamah untuk melihat perbuatan tertuduh, ini kerana perbuatan itu mampu menimbulkan salah faham masyarakat dalam usaha kerajaan memberikan vaksin kepada rakyat.

Selain itu,  tertuduh juga mampu merencatkan usaha kerajaan untuk mendapatkan imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat berikutan ceramahnya itu tular sebab ia telah menimbulkan kekeliruan.

 

Baca : “Ni lah bahaya berita palsu” – Percaya Fake News, 36 Warga Iran Mati Akibat Keracunan Alkohol Sebab Nak Elak Covid-19

Feature 2 8 364X205 1

 

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.