Penyanyi rap Cat Farish yang bakal melangsungkan pernikahan dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin tiba-tiba didakwa berhutang dengan bekas isterinya sebanyak RM10,000.
Tampil menjelaskan perkara tersebut, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli memberitahu dia tidak ada hutang dengan mana-mana pihak dan wang sejumlah RM10 ribu berkenaan merupakan duit kenduri bersama bekas isteri yang menurutnya telah pun diselesaikan.
Tambah Cat lagi, kejadian tersebut sepatutnya tidak perlu disebut lagi kerana apabila proses penceraian berlaku, ada satu tuntutan yang boleh dibuat dan dibincangkan semaca perbicaraan namun keadaan tersebut tidak berlaku.
Selain itu, menurut Cat, perkara tersebut (sekiranya ada) boleh dibincangkan. Ini kerana, perbincangan antara dia dan bekas isteri melalui Whatsapp kali terakhir hanyalah berbincang mengenai motor dan tiada disebutkan pun berkenaan hutang.
“Saya tak pernah berhutang dengan orang, duit itu adalah duit kenduri dan bagi saya dah selesai semua”
Selain itu, motor tersebut telah pun dipulangkan dalam keadaan yang cantik dan baru, menurutnya dia tidak terasa langsung tentang kenyataan yang dikeluarkan itu selain mengakui yang dia agak terkejut apabila timbul spekulasi melibatkan bekas isterinya itu.
View this post on Instagram
Menurut rekod, perkahwinan Cat dahulu bersama bekas isterinya, Suriani pada November 2020 berakhir dengan penceraian pada awal tahun.
Baca : “NOT ME!” – Sophia Albarakbah Nafi Dirinya Dikaitkan Dalam Hal Rumah Tangga Artis Terkenal