Jika korang masih ingat, pelakon wanita sedang meningkat naik, Sophia Albarakbah sebelum ini pernah terkait dengan kontroversi menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Sungguhpun isu tersebut sudah selesai, kali ini muncul lagi khabar angin yang mengaitkan pelakon wanita ini dengan rumah tangga satu pasangan selebriti terkenal.
“Tolonglah, bukan saya yang dimaksudkan”
Pun begitu, Sophia Albarakbah baru-baru ini menerusi Instagram telah menafikan dirinya wanita yang dikaitkan dengan hal rumah tangga pasangan selebriti itu.
Menurut Sophia, dia bukanlah individu yang dimaksudkan dan meminta orang ramai berhenti menyalahkannya dalam hal tersebut.
View this post on Instagram
Saya tak selalunya meluah di media sosial, tetapi ada sesuatu yang harus diluahkan jadi kepada semua yang mention dan kaitkan saya dengan hal rumah tangga pasangan selebriti terkenal, tolonglah bukanlah saya yang dimaksudkan.
“Cukup-cukuplah salahkan saya. Saya tidak mahu dengar sebarang khabar angin yang melibatkan diri saya, ia jelas-jelas bukan saya! Terima kasih,” katanya.
Sophia juga menerusi IG story turut memuat naik kata-kata daripada Alif Teega yang seakan-akan meluahkan isi hatinya sekarang.
Perkongsian Sophia telah menerima pelbagai komen positif netizen yang meminta pelakon tersebut bersabar dengan dugaan yang menimpa.
Dalam pada itu, sebelum ini pelakon Fazura ada mendedahkan yang suaminya hampir cuba ‘disondol’ oleh seorang pelakon wanita ketika di set penggambaran dan situasi yang sama juga dikatakan berlaku ketika majlis premier sebuah filem yang mana ia juga disaksikan oleh keluarga Fazura itu.
Baca: “I trust my husband” – Fazura Dedah Fattah Hampir ‘Disondol’ Pelakon Wanita, Mujur Suami Tak Layan!