in

“Diskriminasi teruk” – Taska Halang Budak 2 Tahun Ni Daftar Sekolah Sebab Wajahnya Menakutkan

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada siapa dekat dunia ni yang minta dilahirkan tak sempurna atau ada bentuk muka lain dari orang lain. So, kenapa kita perlu diskriminasi orang semata-mata dia berbeza?


Seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Sofya Zakharova dilahirkan dengan tengkorak dan dahi yang lebar serta beberapa jari bercantum. Pasukan perubatan di sana tak tahu apa punca dia dilahirkan sebegitu.

Menurut Mirror, disebabkan keadaannya ini, taska di salah sebuah perkampungan di Russia berhampiran tempat tinggal kanak-kanak ini telah menghalang dia dari masuk ke sekolah kerana takut fizikalnya itu buat kanak-kanak yang lain takut.

0 Pay Cen Deformedskull 01

Lebih teruk lagi, pekerja taska ni siap cakap dekat ibu bapa Sofya, kalau dorang nak bawa anak dia masuk sekolah itu, Sofya perlu jalankan pembedahan dulu untuk betulkan balik mukanya.

Pertama sekali, awak perlu uruskan pembedahan supaya dia boleh pergi sekolah macam kanak-kanak normal yang lain.”

Untuk pengetahuan korang, ibu bapa Sofya dah lama menunggu hospital untuk menjalankan pembedahan ke atas anak dorang tapi tarikh pembedahan berulang kali ditunda.

Disebabkan kejadian ini, persatuan amal tempatan Rainbow of Goodness telah cuba untuk memperjuangkan hak Sofya namun taska tersebut tetap tak mahu mengalah.

0 Pay Cen Deformedskull 04

Pakar telah memberi amaran yang perkembangan Sofya boleh terganggu jika dia tak diberikan perluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain.

“Lagi cepat dia dapat pengalaman berinteraksi dengan rakan sebaya, lebih mudah untuk dia terima keadaan dirinya.”

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat taska tersebut serta kenapa pembedahan kanak-kanak ini ditangguhkan banyak kali.

Mereka juga berharap untuk membantu Sofya dan ibu bapanya mencari rumah baru kerana sekarang dorang tinggal bersama atuk dan nenek kanak-kanak ini di rumah tanpa air, tempat masak atau pemanas udara.

Kerajaan di sana juga mengatakan yang mereka akan cuba pindahkan keluarga ini sebelum musim sejuk dan akan sentiasa mengikuti kes ini sehingga selesai.

Harapnya Sofya dapat layanan yang sama seperti kanak-kanak lain dan orang di sana berhenti mencabul hak kanak-kanak ini.

 

Baca: Banyak Sangat Tengok Phone, Budak 13 Tahun Tiba-tiba Tak Boleh Cakap Atau Jalan & Dapat Kecacatan Mental

Screenshot 2019 10 03 At 3.30.24 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.