in

Banyak Sangat Tengok Phone, Budak 13 Tahun Tiba-tiba Tak Boleh Cakap Atau Jalan & Dapat Kecacatan Mental

13Yo Boy Used His Phone So Much That He Banged His Head Nonstop On Wall Became Mentally Retarded World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketagihan terhadap smartphone dikalangan remaja sekarang ni dah menjadi semakin serius. Makin hari, makin banyak cerita tentang kesan buruk penggunaan telefon yang kita dengar. Antaranya boleh menyebabkan masalah mata, hilang tumpuan dan lagi teruk boleh rosakkan otak tau!


Macam apa yang berlaku pada budak lelaki berusia 13 tahun dari Zheijiang, China ni yang baru diberikan telefon sebagai hadiah pada awal tahun ni. Ibunya berkata, tujuan dia beri telefon ni supaya anaknya boleh contact dia dan suaminya yang sering sibuk bekerja.

Menurut World Of Buzz, sejak dapat telefon baru, budak lelaki ni main telefon hampir setiap masa, tak kira siang atau malam. Kadang-kadang sampai lewat malam.

Namun sebulan yang lalu, semasa budak ni pergi ke sekolah, dia tiba-tiba ‘mengganas’ dan mula menghentakkan kepalanya tanpa henti di dinding. Cikgu budak ni kata, dia tak nak stop dan terus call ibu kanak-kanak ini.

Setibanya di sekolah, keadaan anak ini menjadi lebih teruk. Badan budak ni tak boleh bergerak dan mukanya tak berhenti twitching dan bila dipanggil dia tak menyahut. Tanpa melengahkan masa, ibu bapa budak ini kejarkan dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

D4210509
Sumber: oriental daily

Budak ni telah ditahan di hospital selama 28 hari dan keadaaan menjadi lebih teruk sampai ada satu masa, otaknya jadi tak berfungsi. Sebagai budak 13 tahun, kanak-kanak ini berkelakuan seperti bayi dan dia tak boleh berjalan, bercakap atau menguruskan dirinya sendiri.

Doktor kemudiannya membuat pemeriksaan yang lebih terperinci untuk mengetahui masalah sebenar sebelum budak ini didiagnos dengan penyakit Autoimmune Encephalitis.  ini adalah kategori baru dalam penyakit imunisasi yang melibatkan sistem saraf hingga menyebabkan kecacatan kognitif.

Selepas mendapat rawatan dan perubatan, akhirnya keadaan budak ini beransur pulih. Muka dia tak lagi bergerak-gerak dan dia mampu bercakap semula. Pada hari keempat rawatan, budak ini kembali kenal ibu bapanya dan pada hari ke-12, kesihatan kanak-kanak ini bertambah baik dan dibenarkan pulang ke rumah.

Doktor menerangkan perkara ini berlaku kerana budak ini selalu main telefon hingga lewat malam dan tak dapat rehat yang cukup hingga sistem imunisasinya menjadi lemah.

Nasib baik budak ni selamat dan boleh gerak semula. Memang bahaya betul kesan telefon bimbit pada budak-budak ni. Parents, please take note!

 

Baca: Budak 9 Tahun Meninggal Dihukum Ibu 5 Jam Tanpa Henti Kerana Hilangkan Telefon Bimbit

Screenshot 2019 07 04 At 4.29.10 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.