Seorang atlet kayak kebangsaan menjadi mangsa kemalangan ngeri didakwa berpunca daripada seorang pemandu yang dipercayai mabuk.
Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah pada Sabtu lalu di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor dalam perjalanan ke Southkey.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Doktor Jelaskan Kenapa Perlu Buat Bedah Siasat Walau Dah Tahu Meninggal Dunia Sebab Kemalangan
Artikel berkaitan: “Man, ayah kau…” – Isteri Meraung Pilu Lihat Suami Maut Dalam Kemalangan Di Jasin
Berita itu dikongsikan menerusi satu hantaran di laman Instagram Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (PPJKM), Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor pada Selasa.
View this post on Instagram
Dalam posting tersebut, difahamkan saksi yang mempunyai rakaman kejadian, sebuah kereta disyaki memandu dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar dan diseret sejauh lebih kurang 600M.
“Mangsa sekarang dirawat di Hospital Columbia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius. Mangsa sering berulang alik dari Politeknik ke rumah kerana menjaga ibubapanya,” tulisnya.
Difahamkan, mangsa selalu berulang-alik dari Politeknik ke rumah kerana menjaga ibu bapanya, ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.
Dalam pada itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan menerusi Timbalan Menteri, Adam Adli juga mengesahkan pihak mereka akan membantu mangsa jika diperlukan.
Semoga mangsa diberi kesembuhan…
Sumber: Instagram