in

Angkara Bau Durian, Pemandu Bas Di Thailand Pengsan Sampai Perjalanan Terpaksa ‘Delay’

Durian 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Durian yang terkenal dengan jolokan ‘raja buah’ ini, menjadi kegemaran sesetengah orang di Malaysia kerana ia memiliki rasa manis dan creamy. Namun, buah ini juga mengeluarkan bau yang agak kuat menyebabkan segelintir orang pening dan mual. Disebabkan itu, tak semua tempat dibenarkan untuk membawa buah tersebut contohnya di dalam pengangkutan awam, lif dan hotel.


Artikel berkaitan: Aliff Syukri Jual Durian Serendah RM5 Sekilo, Tak Jangka Dapat Sambutan Luar Biasa

Artikel berkaitan: Harga Durian Di Malaysia Bakal Turun, China Dah Berjaya Tanam ‘Raja Buah’ Sendiri?

Durian 1
Gambar hiasan

Hal yang sama terjadi di Thailand apabila seorang pemandu bas pengsan sebelum dia dikejarkan ke hospital kerana terbau durian yang dibawa masuk oleh penumpang bas.

Pemandu bas yang bernama Kussam Srisong berkongsi kejadian pahit itu di hantaran Facebook miliknya menyatakan dia pengsan oleh sebab reaksi alahan kepada bau durian yang sangat kuat di dalam bas.

Tambah Srisong, disebabkan reaksi alahan itu dia terpaksa memberhentikan bas sebelum baring di tempat duduk penumpang. Mujur ada dua individu yang baik hati telah menolongnya sementara dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Insiden ini telah menyebabkan bas tersebut lewat sampai ke destinasi yang dijadualkan.

Dalam hantaran yang sama, Srisong berkata dia mengalami sesak dada dan sukar untuk bernafas kesan daripada alergik tersebut. Secara umum, dia juga berpesan kepada orang lain agar tidak menjadi punca orang lain lewat sampai ke destinasi.

Srisong turut berterima kasih kepada dua individu yang membantu di dalam bas serta majikan yang prihatin akan keadaannya.

Pemandu bas ini juga berkongsi kepada berita Thairath bahawa keadaannya sudah semakin pulih tetapi kadang-kadang dia mengalami pening dan terpaksa mengambil suntikan.

Memetik laporan The Nation Thailand, Bangkok Mass Transit Authority secara rasminya mengklasifikasikan buah durian adalah ‘buah gangguan awam’. Oleh itu, ia dilarang untuk dibawa masuk ke dalam bas.

Sumber: Facebook

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.