in

Dipecat Lepas Buat Aduan Majikan Tipu Soal Gaji, Netizen Respect Gadis Dapat Pampasan Lumayan!

Page Fatin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan peluang pekerjaan kini semakin menipis malah ada sebilangan fresh-graduate yang sanggup kerja dengan gaji basic saja asalkan tidak menganggur selepas tamat pengajian.


Disebabkan terdesak untuk mendapat pekerjaan, wujud beberapa syarikat atau pihak tak bertanggungjawab yang sanggup menipu amaun gaji yang ditawarkan kepada pekerja.

Macam satu perkongsian TikTok yang dibuat oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Fatin menerusi akaunnya @fatinramleey_ mendedahkan bahawa dia hanya menerima gaji RM1,000 berbanding pekerja lain yang memperoleh RM1,400.

@fatinramleey_

Jadi lah pekerja yang bijak. Sek kito jange pecoh. ???

♬ original sound – Semi?Truck

Sedar dengan perbezaan dan juga penipuan mengenai gaji yang dibuat oleh majikannya, Fatin tanpa berfikir panjang segera buat aduan kepada Jabatan Buruh tentang isu tersebut. Tapi lain pula yang jadi lepas tu…

“I terus kena buang kerja tanpa notis”

Sebaik saja surat dari Jabatan Buruh sampai kepada majikannya, Fatin terus diberhentikan kerja tanpa notis menjadikan dirinya mempunyai dua aduan yang berkait untuk diajukan kepada pihak yang sama.

Ekoran itu, Fatin turut kongsikan langkah-langkah yang perlu dibuat berdasarkan pengalamannya di TikTok dengan menyatakan bahawa setiap bukti gaji diterima sangatlah penting sebagai butiran. Korang boleh tengok video kat bawah ni.

@fatinramleey_

Reply to @hyuckiebbg00 ini situation i, untuk video step, another video okie ?

♬ original sound – Baby? – Baby?

Tindakan berani yang dibuat oleh Fatin selepas menjadi mangsa penipuan gaji itu telah mendapat pujian ramai yang rata-rata mengagumi dirinya kerana mempertahankan hak miliknya.

“Wow respect dan tabik! Walau nmpk mcm bersahaja saja tp terus report pada pej buruh good job sis” – Komen netizen

Komen Full 11

Malah, ianya membuahkan hasil apabila Fatin memberi update tentang tindakan aduan yang dibuat selepas dibuang kerja di bahagian komen video dan difahamkan bekas majikannya bayar semula jumlah pampasan yang diminta.

Komen 1

Wow, bagus betul Fatin ni! Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah… Min doakan semoga dimudahkan segala urusan ya!

Baca: Terdesak Nak Cuti Bergaji, Pekerja Sanggup Palsukan Result Ujian Covid

Untitled 2 14

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.