in

Dipaksa Buat Babak Tercampak 12 Kali, Wafariena Terpaksa Jalani Fisioterapi

Ft Wafariena Diarah Buat Aksi Dicampak 12 Kali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, pelakon Wafariena Roslan, 27 telah dikejarkan ke wad untuk menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Rawang kerana mengalami kecederaan sewaktu menjalani satu penggambaran untuk supertele Mata Tak Berhijab.

Menerusi Berita Harian, Wafariena difahamkan mengalami kecederaan di bahagian punggung dan perut serta pendarahan ketika kerana disuruh pengarah untuk melakukan aksi lagak ngeri.


 

Ibu Wafariena terkilan dengan pengarah

Screenshot 2022 10 19 113453

Berikutan dengan kejadian ini, ibu Wafariena, Suzana Hamad, 59 meluahkan rasa kecewa dengan pengarah supertele tersebut kerana langsung tidak bertanyakan keadaan anaknya itu.

Malah, Suzana yang juga merupakan pengurus kepada Wafariena turut menyatakan bahawa syarikat produksi mulanya seakan bermain tarik tali dan menyifatkan dirinya seperti seorang pengemis apabila menuntut wang deposit kemasukan ke hospital.

Menurutnya, keadaan Wafariena sehingga kini masih lemah dan perlu menjalani fisioterapi 3 kali seminggu.

“Doktor sudah melakukan semua pemeriksaan dan Wafariena dikehendaki menjalani fisioterapi sebanyak tiga kali seminggu sehinggalah keadaannya sembuh.Bahagian perut masih lagi sakit. Sekiranya batuk atau ketawa, Wafariena akan rasa sakit.”

“Ini kerana kru produksi mengikat tali pada pinggangnya ketika melakukan aksi tercampak. Wafariena melakukan aksi itu sebanyak 12 kali sehingga mengalami kekejangan.” 

Tambah Suzana, Wafariena sepatutnya masih mempunyai baki lapan babak walaupun mengikut perjanjian, jadual lakonan sepatutnya berakhir pada 7 Oktober lalu bagaimanapun dia difahamkan bahawa penggambaran kini sudah selesai.

“Namun, disebabkan masih ada babak belum selesai, penggambaran disambung lagi. Walaupun masih berbaki beberapa babak, saya difahamkan, penggambaran sudah selesai.”

“Jadi, saya tidak tahu apa dilakukan untuk baki babak dalam super tele ini. Memang saya kecewa. Sehingga hari ini, pengarah tidak pernah menghubungi saya atau Wafariena. Hanya wakil produksi datang menjenguk.”

“Apa yang saya terkilan dan geram, pengarah tetap meminta Wafariena melakukan aksi lagak ngeri biarpun sudah nampak keadaan anak saya lemah.” 

 

Diarah buat aksi lagak ngeri sebab ‘pelakon asal’ tinggalkan lokasi

Screenshot 2022 10 19 113519

Bercerita mengenai waktu kejadian, Suzana menyatakan bahawa babak tersebut memang sudah ada pelakon khusus untuk melakukan aksi lagak ngeri tetapi pelakon tersebut meninggalkan lokasi pada hari ketiga kerana masih tidak dipanggil setelah 2 hari.

“Jadi, Wafariena terpaksa melakukan aksi lagak ngeri sendiri. Bayangkan, selepas apa yang berlaku, Wafariena hanya berehat dalam kereta sementara menunggu hari siang untuk dibawa ke klinik. Namun, pengarah langsung tidak bertanyakan keadaan anak saya,”

“Apabila menghubungi penerbit, semuanya sudah diserahkan kepada pengurusan. Pengurusan pula minta saya hubungi penerbit.

“Akhirnya, penerbit menghantar wakil berbincang dengan saya. Produksi sudah pun membayar semula wang pendahuluan untuk kemasukan ke hospital bernilai RM6,000.

“Untuk kos keseluruhan rawatan bernilai lebih RM8,000, penerbit berjanji membayarnya. Saya akan membuat tuntutan, cuma belum memberitahu penerbit mengenai kos rawatan fisioterapi yang perlu dilakukan Wafariena lagi.

“Secara logik, syarikat produksi perlu mengeluarkan kos rawatan kerana kecederaan berlaku ketika bekerja.”

 

Terpaksa lepaskan tawaran lain

Screenshot 2022 10 19 121559

Berikutan dengan hal ini, Suzana menyatakan ada tawaran lain yang mereka terima terpaksa dilepaskan dan pulangkan semula wang pendahuluan.

“Kami akan berbincang secara baik dengan penerbit kerana terpaksa menanggung kerugian memandangkan Wafariena tidak boleh bekerja.”

Dalam pada itu, Suzana juga menyatakan bahawa urusannya dengan penerbit begitu mudah dan akan berbincang hal ini selanjutnya dengan cara baik.

Baca : “Cikgu jangan pegang” – Dialog Spontan Ryan Bakery Ketika Berlakon Terima Pujian Netizen

3Ryan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.