in

“Cikgu jangan pegang” – Dialog Spontan Ryan Bakery Ketika Berlakon Terima Pujian Netizen

3Ryan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kalau kaki layan TikTok, mesti korang kenal sangat atau paling kurang mesti pernah tengok video TikTokers Ryan Fahmi Bakery kan. Selalu buat video parodi zaman kanak-kanak di TikTok, kini Ryan Bakery tampil menjadi pelakon undangan untuk Sepahtu Reunion.



Yang menarik dalam penampilan Ryan Bakery dalam Sepahtu Reunion baru-baru ini adalah dialog spontan yang disampaikan beliau. Korang boleh tengok potongan klip Ryan dalam Sepahtu Reunion dekat video @novello00 dibawah.

@novello00

Member dh meleleh 🤣 #rwyfb #series

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Cikgu, jangan pegang

Ringkas dan pantas dialog spontan yang disebut Ryan ketika berlakon bersama pelakon wanita, Wafariena. Berlakon, berlakon juga, batas tetap kena jaga kan.

Screenshot 2022 08 06 At 12.06.36 Pm

Kann.. sebelum Wafariena sempat buat apa-apa, Ryan dah sebut cepat-cepat. Laju betul refleks dia.

Screenshot 2022 08 06 At 12.06.43 Pm

Betul, stay halal. Lepas ni kalau dapat tawaran berlakon lagi memang kena pegang prinsip ni. Tak boleh sentuh, tak boleh pegang dengan lain jantina. Terbaik lah Ryan!

Screenshot 2022 08 06 At 12.06.51 Pm

Ini pun antara faktor juga kan. Nanti banyak soal pulak dari cik tunang, jenuh weh nak menjawab. Lebih baik bagitahu siap-siap ‘jangan pegang’.

Screenshot 2022 08 06 At 12.07.51 Pm

Bakat Ryan ni boleh digilap lagi. Lakonan dia nampak natural dan orang ramai pun suka dengan gelagat dan lawak dia. Mungkin satu hari boleh menang anugerah, siapa tahu kan?

 

Baca: Terkenal Parodi ‘Childhood’. Ryan Bakery Kongsi Kisah Inspirasi Jadi Influencer Lepas Dibuang Kerja Akibat Pandemik

Screenshot 2022 08 06 At 12.12.57 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.