Tak semua fabrik kita boleh basuh dengan mesin cuci automatik dan mesin pengering. Contohnya, baju kurung yang bermanik dan baju jenis knit sweater memang tak sesuai dicuci dengan laundry machine sebab ia boleh menyebabkan baju tersebut rosak.
Namun, pasangan di Singapura ini pula telah memasukkan ‘playpen’ bayi ke dalam mesin cuci di sebuah kedai dobi di negara itu sehingga menyebabkan pintu kaca mesin cuci itu pecah.
Video kejadian tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang difahamkan turut berada di kedai dobi layan diri itu ketika kejadian itu berlaku.
Artikel Berkaitan : Pemilik Kedai Dobi Mungkin Rugi Besar, Token Dobi Dijual Serendah 28 Sen Sekeping
Untuk pengetahuan semua, playpen merupakan sebuah perabot yang membantu ibu bapa untuk menjaga anak-anak kecil supaya bayi atau kanak-kanak boleh bermain dengan bebas tanpa bahaya.
Dalam video yang tular di Facebook itu, dapat dilihat ‘playpen’ tersebut telah berpusing secara agresif sehingga ia terkeluar dari mesin cuci tersebut.
Kejadian itu telah menyebabkan pasangan tersebut dikecam kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain yang berada di kedai dobi layan diri itu.
Namun, nasib baik tiada kecederaan dilaporkan akibat kejadian itu.
Memetik laporan Weird Kaya, difahamkan pemilik kedai dobi itu telah berbincang dengan pasangan tersebut tentang ganti rugi.
Nasib baik playpen tu tak berpusing atau terkena sesiapa dekat kedai dobi tu kan.
Sumber: Facebook Olivia Law