in

Digugurkan Daripada Filem Fantastic Beast 3, Johnny Depp Tetap Dapat Bayaran Penuh Penggambaran RM41 Juta

Johnny Depp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai di antara peminat dunia perfileman kini sudah tahu yang pelakon Hollywood, Johnny Depp telah digugurkan daripada filem Fantastic Beast 3 selepas kalah dalam perbicaraan kesnya dengan bekas isteri, Amber Heard.


Meskipun hanya terbabit satu babak dalam penggambaran filem francais Harry Potter tersebut, Johnny katanya akan menerima bayaran penuh sekurang-kurangnya, RM41 juta daripada Warner Bros, lapor Daily Mail.

922676

Syarikat produksi tersebut dikehendaki membayarnya gaji penuh walaupun dia tidak lagi memegang watak Gellert Grindelwald dalam filem itu yang telah memulakan penggambaran sejak 20 September lalu.

Menurut laporan lagi, Depp memiliki peruntukan khas wajib bayar dalam kontraknya dan berhak mendapat bayaran penuh walau apa terjadi kepada filem itu. Ia termasuklah sama ada filem itu dihentikan atau wataknya digantikan dengan pelakon lain.

922692

Terdahulu, keputusan mahkamah tinggi London memihak kepada Amber, berkenaan tuduhan dia dikasari Depp sepanjang dalam rumah tangga mereka. Menurut mahkamah, laporan akhbar The Sun mengatakan aktor itu melakukan keganasan hakikatnya adalah benar.

Untunglah, dah digugurkan dari filem pun tetap kena bayaran dia full payment okey!

Baca: “Disgusting!” – [Video] Amber Heard ‘Senyum’ Dengar Audio Mengaku Pukul Johnny Depp Buat Netizen Geram!

Collage 20

Sumber: The Star
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.