Tular di media sosial beberapa keping gambar Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sedang berucap di sebuah masjid di Rawang.
Namun, ada pihak yang mendakwa bahawa menteri terbabit sedang menyampaikan ceramah berunsur politik di mana perkara itu adalah larangan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Susulan itu, JAIS menjalankan siasatan berhubung gambar tular itu selepas pihaknya menerima aduan mengenai isu tersebut mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama. Jabatan itu turut memanggil nazir masjid yang terlibat bagi mendapatkan keterangan.
Sementara itu, Fahmi menyatakan beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada JAIS sekiranya dipanggil.
“Insya-Allah sekiranya dipanggil, saya sedia untuk tampil,” katanya menerusi laporan Astro Awani.
Fahmi mengatakan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter bahawa beliau dijemput oleh ahli jawatankuasa masjid berkenaan untuk menjelaskan mengenai punca pengharaman kumpulan muzik The 1975 dan pembatalan konsert Good Vibes Festival.
Saya singgah untuk solat Zohor sahaja di masjid itu, sebab ianya masjid paling dekat dengan lokasi program seterusnya.
Alang-alang di situ, saya dijemput oleh kariah Masjid untuk ulas sedikit isu Kumpulan 1975.
TIADA langsung sentuh isu lain. pic.twitter.com/QWTWFZM9Sy
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) July 30, 2023
“Tiada langsung sentuh isu lain.
“Jemaah dalam masjid boleh jadi saksi kejadian untuk sahkan,” katanya.
Memetik laporan Kosmo!, Fahmi juga sedang mempertimbang untuk memfailkan saman terhadap pihak yang memfitnahnya.
Baca: “Bukan untuk bergembira tapi…” – Wanita Dalam Idah Boleh Keluar Mengundi PRN