in

“Reject elok-elok pun salah” – Wanita M’sia Dibunuh Oleh Jirannya Di Taiwan Sebab Cinta Kena Reject?

Collage 25

Mayat seorang wanita muda telah ditemui oleh pihak polis di Taiwan pada 11 Januari lalu di kawasan pergunungan Bandar Keelung. Dikatakan, wanita ini telah dilaporkan hilang sejak 6 Januari lalu selepas dia tinggalkan rumah untuk keluar bekerja. Bila pihak polis temui mayat wanita ini, organ-organnya telah dipotong dan disorokkan dalam tiga beg berlainan.

25Yo Malaysian Woman Killed Dismembered Robbed By Her Neighbour In Taiwan World Of Buzz 2
Gambar hiasan

Menurut Oriental Daily, kali terakhir mangsa dikesan bila dia menghantar mesej kepada sepupunya sebelum keluar rumah pada 6 Januari. Namun selepas itu, mangsa tak munculkan diri di tempat kerja dan sepupunya membuat laporan kepada pihak polis.

Semasa tempoh pencarian, sepupu wanita ini juga turut memuat naik berita kehilangannya di media sosial meminta orang ramai membantu untuk mencari mangsa.

25Yo Malaysian Woman Killed And Dismembered By Her Neighbour In Taiwan World Of Buzz

Namun, segalanya mula terbongkar bila pihak polis datang untuk melawat tempat kediaman mangsa dan terserempak dengan jirannya yang duduk berhadapan unit rumah mangsa.

Ketika inilah pihak polis mula terhidu bau spray penyembur serangga yang kuat serta bau minyak tanah yang kuat hingga membuatkan pihak polis suspek lelaki berusia 45 tahun ini telah membunuh mangsa yang berasal dari Malaysia ini.

25Yo Malaysian Woman Killed Dismembered Robbed By Her Neighbour In Taiwan World Of Buzz
Gambar hiasan

Siasatan dalaman mengesahkan lelaki tersebut, Lin telah menyewa sebuah kereta yang digunakan untuk membuang dua beg besar di kawasan gunung Keelung. Kesemua klu ini dirakamkan oleh CCTV hingga menyebabkan pihak polis berjaya menemui keratan-keratan tubuh mangsa.

Pihak polis mengatakan yang Lin masih bebas dan mereka tak pasti sama ada lelaki ini telah melarikan diri atau membunuh dirinya sendiri.

Bukan tu je, pihak polis juga mengatakan yang pembunuhan ini berlaku mungkin kerana cubaan lelaki ini untuk mengorat mangsa gagal bila mangsa menolaknya secara baik hingga menyebabkan lelaki ini membunuhnya namun akaun bank mangsa juga telah dirompak sebanyak RM1,312 selepas dia dibunuh.

Harapnya pihak polis dapat tangkap suspek secepat mungkin.

 

Baca: Lelaki Bunuh Jiran Untuk Makan Organ Bersama Salad Kerana Percaya Ia Dapat Panjangkan Usia