Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri menzahirkan rasa syukur dan gembira setelah mencapai salah satu hajat yang diimpikan pada tahun 2023 iaitu memiliki kereta pertama.
Dalam perkongsiannya menerusi Instagram, Shuhada sempat mengimbau detik-detik sukar yang dia lalui sebagai seorang ibu tunggal sejak tahun lepas.
Artikel Berkaitan : Shuhada Tak Tahu Hafidz Bakal Kahwin Dengan Athira, Kalau Boleh Tak Nak Sakitkan Hati Anak
Artikel Berkaitan : Tak Mungkin ‘Berkawan Baik’ Dengan Bekas Suami, Shuhada Titip Pesanan Makan Dalam Buat Penyondol
Katanya, mungkin di mata orang lain dapat beli kereta pertama ini adalah satu perkara biasa, tetapi bukan untuk Shuhada.
Menurutnya, dia cabar diri untuk maju ke depan, lebih-lebih lagi sebagai seorang ibu tunggal yang telah diceraikan tanpa sesen dalam akaun bank miliknya. Berkat kesabaran, Shuhada kini telah berjaya memiliki jenis Honda HR-V dan mungkin kereta keduanya bakal menyusul.
View this post on Instagram
Jelasnya lagi, berkat kesabaran dan sokongan moral daripada anak-anak, keluarga dan juga jenama minuman yang dipromosi telah membuatkan dia menjadi kuat untuk mengharungi cabaran.
Shuhada juga sempat menitipkan nasihat kepada orang ramai agar tidak berputus asa jika ingin mencapai sesuatu perkara dalam hidup.
Sebagai rujukan, Shuhada dan Hafidz Roshdi telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.
Bagaimanapun, mereka sah bercerai pada 27 Julai tahun lepas di Mahkamah Rendah Shah Alam, Selangor yang telah menetapkan lafaz yang dibuat pada 22 Februari sebelumnya adalah sah. Dalam pada itu, bekas suaminya itu telah mendirikan rumah tangga sekali lagi pada Disember 2023.
Sumber : Instagram