in

“Dibacakan ruqyah & ayat 1000 dinar” – Penunggang Agama ‘Overclaim’ Jual Hand Sanitizer Boleh Cegah Covid-19 & Makhluk Halus

Hs4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah masuk tahun 2020 ni, rupa-rupanya masih wujud lagi spesis manusia yang suka overclaim dengan cara jadi penunggang agama untuk melariskan produk.  Harap-haraplah rakyat Malaysia sekarang dah boleh fikir pasal bab-bab ni.


 

Harga RM 85 – RM 135, boleh mengatasi maslaah lambat jodoh

Daripada perkongsian Facebook Sultan Melaka, ada pengusaha produk yang sama spesis jual produk timbang kilo ni jual hand sanitizer, peniaga tersebut mendakwa yang kononnya produk mereka itu mampu mencegah Covid-19.

Malah didakwa produk hand sanitizer tu mampu mencegah makhluk halus, masalah sendi dan tulang.

Siap katakan boleh dibuat urut lagi, lebih teruk lagi peniaga itu menjelaskan boleh membantu dalam merawat masalah lambat jodoh, hanya kerana hand sanitizer itu dibaca dengan ayat ruqyah, 1000 dinar dan zikir.

Harga yang dijual pun tak masuk akal!

Hs

Hs@

Ini pun antara golongan yang suka ambil kesempatan dalam kesempitan, di saat pengeluaran produk itu lebih terhad, tak perlu lah cuba-cuba menipu orang lain dengan melariskan produk dan mark up harga yang tinggi sangat.

Perkongsian itu telah meraih 1,300 perkongisan di Facebook dan rata-rata netizen mengecam peniaga tersebut.

 

Baca : “Saintis German America pecah kepala fikir ubat apa”- Puak-puak Produk Timbang Kilo CLAIM Produk Mereka Penawar Covid-19

Produkkilo

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.