in

Dianggap ‘Wedding of The Year’, Ini Kisah Cinta Park Shin-hye & Choi Tae-joon Yang Ramai Tak Tahu!

Page Psh Ctj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat-peminat K-drama rasanya semua dah sedia maklum dengan majlis perkahwinan Park Shin-hye dengan pilihan hatinya iaitu Choi Tae-joon yang telah diadakan pada 22 Januari yang lalu.


Bukan itu sahaja, klip video mereka mengangkat ikrar sebagai suami isteri juga tular di media sosial sehingga mencecah jutaan views selain gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan artis di Instagram.

@sarahleejongsuk

Queen ????? #parkshinhye박신혜 #choitaejoon #parkshinhye

♬ original sound – Justsarah05 ? – Justsarah05 ?

Selepas berlangsungnya majlis itu, pelakon yang mula dikenali menerusi drama The Heirs itu memuatnaik gambarnya berpakaian baju tradisional Korea iaitu hanbok dengan meluahkan rasa terima kasihnya kepada semua yang mendoakan kebahagiaannya bersama suami.

Selepas melihat gambar-gambar perkahwinan mereka berdua, ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah sebenarnya perkenalan Park Shin-hye dan Choi Tae-joon bermula? Haa, jom kita baca satu-satu kisah cinta diorang ni…

1. Bermula sebagai sunbae (senior) & hoobae (junior) di universiti

Rata-rata ingatkan mereka berdua mula berkenalan selepas digandingkan bersama menerusi drama The King of Dramas sekitar tahun 2012 namun ternyata hubungan Park Shin-hye dan juga Choi Tae-joon sudahpun bermula sejak zaman universiti lagi!

1 12

Kedua-dua mereka merupakan graduan dari Universiti Chung-ah dan berkongsi jurusan yang sama iaitu Fakulti Pengajian Teater dan Filem. Shin-hye memulakan pengajiannya di universiti itu pada 2008 manakala Tae-joon pada 2009.

2. Mula sebagai cameo dalam The King of Dramas

Lepas masing-masing tamatkan pengajian di Universiti Chung-ah, mereka berdua disatukan semula sebagai kemunculan pasangan cameo dalam episod pertama drama The King of Dramas.

Park Shin Hye Choi Tae Joon7

Drama tersebut telah menjadi pertemuan rasmi mereka berdua di skrin TV. Walaupun hanya berlakon sebagai pasangan cameo, chemistry dan penampilan mereka berdua mendapat pujian orang ramai. Mungkin dari sini lah mulanya dari mata turun ke hati? Cewahh!

3. Keluar dating di Taman Tema Sumokwon pada 2017

Selepas lima tahun dari gandingan bersama mereka dalam The King of Dramas, mereka mula diserbu dengan beberapa khabar angin mengenai hubungan romantik mereka pada tahun 2017.

Park Shin Hye Choi Tae Joon2 768X511 1

Ini kerana, beberapa netizen di Korea Selatan mengatakan bahawa mereka berdua dilihatkan keluar bersama-sama di Taman Tema Sumokwon yang terletak di Pulau Jeju. Malah, pada tahun yang sama, mereka dikatakan telah pergi bercuti ke luar negara bersama!

4. Umum bercinta pada Mac 2018

Disebabkan hubungan mereka telah mewujudkan teka-teki di kalangan peminat, akhirnya mereka membuat pengumuman pada Mac 2018 dengan mengesahkan hubungan cinta mereka telahpun bermula pada akhir tahun 2017.

Whatsapp Image 2021 11 23 At 5.59.04 Pm

5. Choi Tae-joon enlist, Park Shin-hye kata masih bahagia

Selepas hampir dua tahun menjalin hubungan cinta, Choi Tae-joon tersenarai untuk menjalankan tugas askarnya pada 1 Ogos 2019 dan telahpun discaj pada 18 Mei 2021 selepas dua tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.

Ctj 2

Walau bagaimanapun, sekitar tahun 2020, Park Shin-hye diberikan soalan bertubi-tubi tentang update hubungannya dengan Choi Tae-joon ketika sidang media bagi filem terbitan Netflix iaitu #Alive dan dia menjawab dengan mengatakan bahawa hubungan mereka baik-baik sahaja.

Psh 2

6. Umum berita kehamilan & kahwin pada 22 Januari 2022

Pada 23 November 2021, mereka berdua sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai kerana Park Shin-hye membuat pengumuman bahawa dirinya hamil dan akan menikahi kekasihnya Choi Tae-joon pada Januari 2022.

Screenshot 20220122 211549 Instagram

Majlis perkahwinan mereka yang dianggap sebagai ‘Wedding of The Year’ bagi permulaan tahun 2022 kerana ramai rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis dua mempelai yang sama cantik dan sama padan itu antaranya Lee Min-ho, IU, D.O EXO dan ramai lagi.

Park Shin Hye Choi Tae Joon 2

Memang ramai yang meluahkan rasa gembira mereka melihat gambar dan video hari bahagia Park Shin-hye bersama Choi Tae-joon. Min sendiri sebak je rasa, rasa macam kakak sendiri pulak kahwin!

Sumber: Soompi, The Smart Local

Baca: Peminat Terkejut Bintang Kdrama Park Shin Hye Hamil & Bakal Berkahwin Dengan Kekasih Januari 2022

Untitled 3 9

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Kosmo
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Soompi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.