in

Peminat Terkejut Bintang Kdrama Park Shin Hye Hamil & Bakal Berkahwin Dengan Kekasih Januari 2022

Park Shin Hye Hamil Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat k-drama sejak zaman The Heirs lagi, korang pasti ingat dengan pelakon Park Shin Hye yang pernah menjadi crush korang pada masa dulu kan?


Malah bagi sesetengah peminat, Park Shin Hye adalah antara sebab mereka terjebak dengan drama Korea sampai sekarang! Wah, wah! 

Psh

Namun hari ini ada berita yang mengejutkan bagi peminat drama Korea apabila agensi pelakon wanita ini mengumumkan beliau disahkan hamil dan bakal berkahwin dengan kekasihnya Choi Tae-joon tak lama lagi.

 

Bercinta sejak 2017, bakal berkahwin pada Januari 2022 

Menurut Allkpop, menerusi kenyataan rasmi Salt Entertainment, mereka memaklumkan bahawa pasangan itu akan melangsungkan perkahwinan di Seoul pada 22 Januari 2022.

Allkpop 1637630906 20211122 Parkshinhye

Pelakon Park Shin Hye dan Choi Tae-joon akan mengikat pertalian untuk seratus tahun lagi. Dari tahun 2017 mereka berdua saling memberi semangat antara satu sama lain dan kedua-duanya akan menjadi suami isteri pada 22 Januari 2022 di Seoul nanti. 

“Pada masa yang sama ‘nyawa’ yang berharga hadir ketika mereka dalam proses ingin menjadi pasangan seumur hidup dan menyiapkan persiapan perkahwinan. 

“Kami meminta anda memahami yang kami masih berhati-hati dalam menceritakan hal ini dengan lebih lanjut memandangkan ia masih di peringkat awal dan perlukan kestabilan dulu,” katanya.

Apa-apapun tahniah buat pasangan ini dan bagi mereka yang crush dengan Park Shin Hye diharapkan bersabar ye serta cepat move on! 

Baca: “Tak suruh gugurkan pun!” – Dispatch Dedah Kisah Disebalik Isu Kim Seon Ho & Ex-GF

Kim Seon Ho

Sumber: Viki
Sumber: allkpop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.