in

“Dia tinggalkan makanan…” – Perwatakan Anjing Berubah Lepas ‘Kawan Baik’ Pergi Selamanya

Anjing Hilang Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan sahabat baik bukan sahaja sesuatu yang memberi kesan terhadap manusia, haiwan juga tahu dan boleh merasakan kesedihan.

Sebuah video perkongsian @jwong93 tular di TikTok yang memaparkan perwatakan seekor anjing berubah apabila kawan baiknya yang merupakan seekor kucing mati dan meninggalkannya selamanya.


Anjing yang bernama Moggy itu menunjukkan kesedihannya dalam pelbagai cara dan yang paling ketara ialah apabila dia mula berbaring dengan cara yang berbeza dari sebelumnya.

“Dia tinggalkan hati ayam untuk Panakau (kucing) kerana Panakau suka curi hati ayam dari mangkuk Moggy.

Dia tinggalkan dengan harapan kawan baiknya akan datang semula,” tulisnya dalam video.

Selain itu, Moggy juga sering tunggu kawan baiknya itu di tempat yang jarang dia pergi dan hanya melihat tempat di mana Panakau ditanam.

Sehingga hari ke-5 pemergian kawannya itu, Moggy hanya tunggu dan tidur mengharapkan kawan baiknya itu akan kembali.

“Pujuk dia please” 

Video itu meruntun hati netizen, ramai yang sedih melihat keadaan anjing tersebut menanggung rindu yang amat berat.

Ada juga netizen yang menyuruh tuan kepada anjing berkenaan untuk memujuknya atau memberikannya kawan baru agar dia tidak jatuh sakit.

Cats 45

Kesiannya, harap Moggy sihat sentiasa…

Baca: Comel! Gelagat Anjing Dibawa Naik Motor Makan Angin Dengan Tuan Buat Ramai Cair

F4 Anjing Naik Motor Bersiar Siar Dengan Tuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.