in

Comel! Gelagat Anjing Dibawa Naik Motor Makan Angin Dengan Tuan Buat Ramai Cair

F4 Anjing Naik Motor Bersiar Siar Dengan Tuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersiar-siar pada waktu hujung minggu merupakan antara aktiviti yang ramai orang buat untuk release tension. Bak kata budak TikTok, pergi healing.


Tapi, korang ingat manusia je ke yang stres dalam hidup ni? Haiwan peliharaan korang pun boleh mengalami tekanan tau lebih-lebih lagi kalau asyik terperap je kat rumah.

Oleh sebab itu lah, seorang lelaki baru-baru ini bersama anjingnya menjadi perhatian ramai kerana mereka berdua sama-sama menunggang motosikal untuk bersiar-siar pada waktu malam.

Gelagat anjing dan tuannya itu telah dirakam oleh pengguna jalan raya yang kebetulan turut berhenti di kawasan lampu isyarat.

7 4

Dalam video yang dimuat naik di Instagram itu, dapat dilihat seekor anjing duduk tenang dan diam di bahagian depan motosikal.

Lagi comel, anjing itu juga telah memakai cermin mata hitam untuk mengelakkan matanya pedih terkena angin ketika motosikal bergerak.

8 1 3

Gelagat anjing itu telah mencuit hati netizen sehingga video tersebut telah meraih sehingga 1.8 juta likes daripada warganet.

Rata-rata pengguna media sosial juga memuji anjing itu kerana tenang dan tidak bergerak atau melompat dari motosikal meskipun ketika motor tidak bergerak.

Sumber: Instagram @sajith_salazar

Baca: “Tak pernah dibuat orang”- [VIDEO] Tenang Dibawa Bersiar-siara Naik Motor, Gelagat Kucing & Ayam Ini Tarik Perhatian Netizen 

Cats 94

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.