Bila bercakap tentang pengalaman seram, pasti ramai yang ada cerita tersendiri kan? Ramai juga yang merasakan dorang sanggup kalau dengar bunyi-bunyi seram asalkan “benda tu” tak muncul depan mata.
Baru-baru ini, seorang wanita telah kongsikan yang dia telah melihat satu susuk misteri bersama anak perempuannya. Bukan itu sahaja, dia juga turut merakam pengalamannya itu dan dimuatnaik di akaun TikTok.
“Mana ada tong sampah, tengok macam hantu je”
Menurut Intan Hamzah, kejadian ini berlaku semasa dia melawat abangnya yang baru pulang ke rumah selepas menjalani pembedahan sebelum anaknya menjerit memanggilnya selepas ternampak entiti misteri itu.
Kalau tengok video dekat bawah ni, korang boleh nampak dari rakaman tersebut kelihatan seperti susuk tubuh seorang wanita sedang berdiri tegak di blok depan kondominium tersebut.
@intanhmzah full video penunggu condo
Menerusi perbualan anak beranak ini, dikatakan entiti tersebut seperti sedang mengintai mereka tanpa menggerakkan badan, hanya rambut yang berterbangan.
Biar betul. Tapi bukan tong sampah, mana ada tong sampah kat situ. Dia tengok kitalah kakak.”
Intan turut mengatakan makhluk yang dilihatnya itu kelihatan seperti seorang wanita berketinggian seperti manusia normal kira-kira 150 sentimeter.
Selepas beberapa minit merakamkan entiti misteri tersebut, Intan telah menutup semua pintu dan tingkap rumah abangnya itu.
Beraninya…
Video yang dimuatnaik oleh Intan ini telah mendapat sebanyak lebih 700,000 tontonan dan rata-rata netizen menganggap perbuatan wanita ini merakam makhluk tersebut sebagai tindakan yang berani.
Saka cari tuan baru?
Ada juga netizen yang memberikan teori dorang dengan mengatakan makhluk tersebut adalah saka yang sedang mencari tuan baru atau saka belaan orang. Betul ke ni?
“Macam ada bunyi ketawa”
Tak cukup dengan itu, ada juga segelintir netizen yang mendengar bunyi ketawa di penghujung video.
Alamak, meremang juga tengok video ni. Korang rasa macam mana?
Baca: [VIDEO] Viral Muncul ‘Wajah Seram’ Ketika OOTD Di Langkawi, Wanita Nafi Hanya Konten Murahan