in

[VIDEO] Viral Muncul ‘Wajah Seram’ Ketika OOTD Di Langkawi, Wanita Nafi Hanya Konten Murahan

Page Langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, kisah-kisah mistik yang terjadi di negara kita semakin mendapat tumpuan orang ramai malah siap ada yang berkongsikan pengalaman peribadi masing-masing.


Baru-baru ini tular di media sosial mengenai perkongsian kisah mistik seorang wanita yang sedang menikmati percutiannya di Telaga Tujuh, Langkawi.

Mana taknya, di hujung video TikTok yang dikongsikan di akaun milik wanita itu sendiri, dikatakan wajah seram tiba-tiba muncul di hujung video itu semasa dia sedang seronok posing untuk OOTD di tempat tumpuan tersebut.

Namun difahamkan pemilik akaun tersebut telahpun memprivasikan akaun TikToknya.

Walaubagaimanapun, warganet di bahagian komen rata-rata mengatakan bahawa video tersebut hanyalah content yang dibuat untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk ke tempat itu.

“Ni mesti content je ni. Nak kasi orang ramai datang situ lah tu…” – Komen netizen

Ini kerana, wajah seram yang dikatakan muncul dalam video itu mirip dengan wajah wanita itu. Pada awal video itu, wanita tersebut mengenakan cermin mata hitam dan bergaya turban.

Ada juga yang mengatakan bahawa boleh dilihat dengan jelas pergerakan wanita itu menanggalkan cermin matanya sebelum wajah seram itu muncul sekiranya menggunakan efek ‘slow-motion’.

Komen 4

“Benda macamni mana boleh buat main, orang luaq takkan tau” – Wanita dalam video

Disebabkan video tersebut menjadi sebutan orang ramai, wanita ini tampil dengan membuat satu video sebagai balasan untuk komen yang diberikan oleh netizen di TikTok.

Dalam video penjelasan itu, dia mendakwa bahawa kejadian mistik itu benar-benar terjadi sewaktu dirakam kerana ianya bukanlah satu situasi yang boleh dibuat main semata-mata untuk content.

Bukan itu sahaja, dia turut mengatakan bahawa orang-orang Langkawi sememangnya tahu dan sedia maklum dengan kejadian mistik yang sering terjadi di Telaga Tujuh itu.

Namun, masih ada segelintir yang masih tidak percaya walaupun sudah mendengar penjelasan video itu kerana mereka yakin bahawa wajah seram itu adalah dari wanita itu sendiri.

Full

Video TikTok mistik itu telah mendapat lebih dari 3 juta tontonan dan menerima lebih dari 17 ribu komen dari netizen.

Tak apa lah gais, wanita tu pun dah explain kejadian sebenar kan? Yang penting kalau nak ke sana, jaga diri baik-baik dan jangan buat benda yang bukan-bukan okay?

Baca: “Esok pagi tengok pinggan ada cacing” – Netizen Kongsi Pengalaman Seram Makan Di ‘Restoran Mistik’

Untitled 1 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.