in

“Dia tak tahu ke azab kubur macam mana?” Netizen Bengang Dengan ‘Statement’ 5 Sebab Tak Pakai Tudung Oleh Rafidah Aziz

N2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Isnin lepas kecoh di media sosial bila Tan Sri Rafidah Aziz dedahkan sebab kenapa dia tak pakai tudung dalam Program Bicara Minda Sinar Harian.


Pada korang yang terlepas pasal cerita ni, menurut Awani, di dalam temubual bersama Sinar Harian ini, Rafidah mengimbau kembali pertanyaan pemimpin PAS tentang kenapa dia tak bertudung. Ini jawapannya.

81554114583 Rafidahaziz

“Saya dulu pernah ditanya di Alor Setar di mana ramai tetamu dalam dewan berkenaan.

“Saya ditanya oleh wanita UMNO apabila soalan diajukan oleh Pas kepada mereka. Mereka bertanya mengapa saya tidak bertudung?

“Saya kata, pertamanya, suami saya tak ada peraturannya.

“Kedua, Kabinet tiada arahan untuk saya buat begitu.

“Ketiga, Perlembagaan Negara pun tak ada.

“(Keempat), kalau dosa tidak bertudung saya tanggung, tidak ada nas dalam mana-mana mengatakan awak orang Pas bersekubur dengan saya.

“Kelima, kalau ikut agama kita, putus haid tidak payah bertudung,”

Dia juga berkata yang agama adalah urusan peribadi dan tak seharusnya dijadikan modal politik. Korang boleh tengok video penuh kat sini.

Tidak terbabit dosa saya dengan dia. Kalau sekubur sekali pun, dosa masing-masing.”

Kalau dah buat statement macam ni, bukan ahli politik pun mesti kena kecam punya kan? Ini adalah beberapa pendapat netizen yang bengang dengan bekas Ketua Wanita UMNO ini.

“Dia tak tahu ke azab kubur macam mana?”

Screenshot 2019 04 03 At 12.26.18 PmScreenshot 2019 04 03 At 12.26.32 PmScreenshot 2019 04 03 At 12.27.06 PmScreenshot 2019 04 03 At 12.27.44 Pm Screenshot 2019 04 03 At 12.28.07 Pm

Apa pendapat korang?

 

Baca: “Jatuhnya martabat seorang wanita” – Netizen Marah Tengok Video Perempuan Bertudung Peluk As’ad Motawh Atas Pentas

Screenshot 2019 04 03 At 2.47.27 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.