in

“Dia tak mengantuk, nak elak objek” – Syafiq Ahmad Beritahu Bapa Dia Cuba Elak Langgar ‘Sesuatu’ Atas Jalan

Syafiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kemalangan yang menimpa penyerang pasukan JDT, Muhammad Syafiq yang mengorbankan anak lelakinya, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mertuanya, Zainab Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an, bapa Syafiq mendakwa punca kemalangan tersebut bukan disebabkan anaknya mengantuk.


Menurut Kosmo, Ahmad Ibrahim, 56, berkata, Syafiq memberitahu yang anak sulungnya memaklumkan bahawa dia sebenarnya cuba mengelak daripada melanggar sesuatu yang tidak dikenal pasti berada di atas jalan raya. 

Syafiq Ahmad Kemalangan E1607217764288 1 E1607263425920

Dia tidak mengantuk, sebaliknya cuba me­ngelak sesuatu di tengah jalan, tetapi saya tidak pasti apakah objek itu,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga tidak tahu akan kepulangan Syafiq ke rumah mentuanya sehinggalah dia menerima panggilan telefon berhubung kemalangan tersebut pada jam 4.10 pagi.

“Ketika menerima panggilan, saya keliru kerana ketiga-tiga anak (yang tinggal bersamanya di Bayan Lepas dekat sini) ada di rumah ketika itu.

“Saya sangat terkejut apabila diberitahu Syafiq yang sebenarnya ditimpa kemalangan ke­rana saya tidak tahu dia seke­luarga dalam perjalanan pulang ke Pendang, Kedah,” katanya ketika di pekarangan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini semalam.

Whatsapp Image 2020 12 06 At 21.04.27 E1607260755975

Kdh Kebumi Bayi Pendang006 1

Ketika kejadian, Syafiq bersama keluarganya dalam perjalanan dari Johor untuk pulang ke kampung isterinya di Pendang.

Menurut Ahmad, kebiasaannya Syafiq akan pulang ke kampung menaiki pesawat tapi kali ini dia memandu sendiri mungkin kerana isterinya sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua.

Ahmad juga mengakui sedih kerana tidak sempat bertemu cucu lelakinya yang baru dilahirkan itu.

Takziah buat keluarga mangsa. Semoga Syafiq tabah hadapi dugaan ini. Al Fatihah. 

Baca: “Mana Aisy.. Aisy dah takde” – [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Keadaan Syafiq Saat Pegang Jenazah Anak di Hospital

Ft Syafiq

Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.