Di negara jiran, tular satu perkongsian video di TikTok berkenaan dengan nasib seorang budak 12 tahun yang tak tahu dirinya sudah hamil 8 bulan.
Video itu memperlihatkan pemilik video membawa anak ini ke sebuah klinik selepas baru ambilnya dari satu tempat, menurutnya, sepanjang masa 2 jam perjalanan dengan keadaan jalan yang kurang baik, Bunga asyik muntah-muntah.
Usia yang sama dengan anak sulung saya, 12 tahun, anak aku sibuk dengan aktivitinya sebagai yang harus menikmati masa dengan keluarga tercinta”
Katanya lagi, berbeza pula dengan Bunga yang kena tanggung bebanan dan dugaan berat ini berseorangan tanpa ibu bapa yang bekerja jauh daripadanya. Pemilik video sebak melihat keadaan Bunga kerana baginya, saat anak muda dibaya umurnya sedang sibuk pergi keluar untuk berhibur dengan rakan-rakan, Bunga pula ke pusat kesihatan untuk buat check up.
Dalam video itu dilihat, Bunga menjalani imbasan untuk kehamilannya, kata pemilik video, ketika sesi ini, Bunga seperti segan silu untuk menyelak perutnya kerana anak ini sangat polos hati dan akal fikirannya seperti anak lain yang sama baya.
Bagaimanapun, dilihat ramai pihak yang membantu adik Bunga ini dan adik iparnya juga berhati mulia sudi menghulurkan tangan untuk menjaganya sepanjang tempoh bersalin ini.
“Berikan vitamin dan lain-lain juga kerana memang dengan keadaan seperti ini sudah susah-susahnya untuk bergerak, apatah lagi umurnya yang sangat mentah, tak tahu nak cakap macam mana sedih sangat tengok nasib dia ini.”
“Anak saudara saya juga turut sama bantu, memandangkan dia seorang jururawat, dia rela bantu untuk uruskan bilik Bunga agar Bunga tenang dan selesa mengharungi detik sulitnya di usia 8 bulan kehamilannya.”
@mommychutela Nangis edit ini.. Doa kan urusan dia lancar ya teman² 🙏🏻.. Kasian bgt nasib nya 😭😭 #fypシ #ceritakita #ceritasedih #gbu #makcutela #binjaitiktok #niastiktok_yaahowu
Beri ruang, hanya baring sambil enjoy tengok kartun
Dalam video selanjutnya, perkongsian ini telah mendapat tumpuan kerana meraih 5.5 juta tontonan. Video tersebut menunjukkan keadaan Bunga selepas 5 hari berada di bawah jagaan pemilik video ini.
Amat menyayat hati apabila melihat keadaan Bunga yang terlantar di atas kerusi sambil menikmati rancangan-rancangan kartun di TV kerana ini lah momen untuk anak 12 tahun sebenarnya lalui sekarang.
Pemilik video menyatakan, dia tidak benarkan Bunga untuk melakukan sebarang kerja rumah kecuali mencuci pakaiannya sendiri.
“Bunga hanya makan, tidur sambil tonton kartun, sebagaimana yang digemari oleh anak-anak yang seusia dengannya.”
Malah, dilihat juga Bunga sudah membiasakan diri dengan makan vitamin untuk memastikan keadaannya serta kandungan dalam perut lebih baik dan terurus.
Video ini mendapat perhatian netizen dan majoriti bersimpati dengan nasib adik Bunga dan mereka memberikan kata-kata semangat kepada adik Bunga.
“Terima kasih orang baik” – Bunga
Terpanggil dengan komen-komen murni netizen, pemilik video sampaikan pesanan itu kepada Bunga. Dalam satu lagi rakaman video, dilihat pemilik video sedang meluangkan masa bersama Bunga dan dilihat Bunga begitu rajin melakukan kerja rumah, tapi pemilik video larang Bunga melakukan kerja berat.
Mereka bergurau senda sebelum mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana individu yang memberikan sokongan moral buatnya.
@mommychutela Simak sampai Akhir VT ini ya..Ada kata² Indah dr Bunga utk Kalian semua org baik.. #vypシ #makcutela #saveourfamily #bunga12cuteola #ceritasedih #ceritakita #fypシ #salingmenolong #belajarmengampuni
Menurut Suara.com, wanita yang merakam ini adalah seorang pemilik kebun tempat ibu bapa kepada Bunga bekerja. Sumber juga melaporkan, bahawa Bunga dipercayai menjadi mangsa pemerkosaan oleh seseorang yang masih belum tahu identitinya.
Allahu, semoga adik Bunga tabah dan pemilik video dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah.
Baca : “Sempat siapkan paper lain” – Remaja 13 Tahun Ini Lahirkan Bayi Lelaki Masa Tengah Jawab ‘Exam’