in

“Dia simpan pisau dekat pokok pisang belakang rumah” – Anak ‘Plan’ Bunuh Mak Sebab Duit, Berlakon Sedih Depan Orang Ramai

Anak3

Seorang anak tergamak membunuh ibunya hanya disebabkan tak dapat wang, kejadian ini berlaku di Aceh Utara, Indonesia  pada Jun lepas.

Hasil siasatan terkini mendapati bahawa pembunuhan wanita bernama Fatimah Sulaiman itu telah dirancang oleh suspek yang merupakan anaknya sendiri, Nasrul Ibrahim.

 

Dah beli pisau awal-awal

Menerusi Tribun, polis mendapati bahawa si anak merancang dengan beli pisau awal-awal dan simpan di pokok pisang yang terletak dibelakang rumahnya.

Ketika kejadian, suspek telah menyergah mangsa yang sedang tidur dan mendesaknya untuk memberi wang. Mangsa bagaimanapun enggan memberikannya wang seperti yang diminta.

Berang, suspek terus menarik rambut mangsa untuk menghalangnya daripada membuka pintu depan dan terus menikam lehernya. Akibat tikaman tersebut, mangsa meninggal dunia dan suspek pula telah melarikan diri ikut pintu belakang.

Sebelum keluar rumah, suspek sempat ambil rantai emas yang dipakai oleh mangsa. Ketika di luar rumah, suspek berpura-pura menangis dan meminta tolong jiran tetangga. Bahkan, suspek juga telah pergi ke rumah jiran tetangga untuk memberitahu yang ibunya telah meninggal dunia.

 

Baca : “Kenapa kejam sangat” – Lagi Kes Bunuh Kucing Dalam Mesin Basuh Dobi!

Kucing