in

“Dia selalu tuduh saya macam-macam” – Suami Fed Up Dengan Perangai Isteri, Lari Sampai Panjat Menara Telefon

Aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je tahan kalau setiap hari kena bebel dengan isteri. Lagi parah kalau isu rumah tangga dibawa sampai ke pengetahuan pihak polis. Memang stress laa suami tu.

Itulah yang berlaku di New Delhi, India apabila seorang suami telah bertindak berani mati untuk memanjat ke puncak menara telekomunikasi kerana tertekan dengan bebelan isteri. Alamak!


A

Menerusi laporan Gulf News, lelaki yang dikenali sebagai Tejpal Singh itu dipercayai mogok dan mengambil tindakan itu untuk meredakan hatinya yang marah gara-gara pertengkaran dengan isterinya.

Tejpal juga berkeras enggan turun apabila diminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut.

Namun, selepas berkuasa tempatan berjaya memujuk dan meyakinkannya lalu dia bersetuju untuk turun dari menara tersebut.

 

“Dia selalu tuduh saya macam-macam”

Dalam laporan yang saya, Tejpal mengadu bahawa isterinya sering membuat tuduhan palsu kepadanya kepada pihak polis.

“Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu. Malangnya polis enggan mendengar penjelasan saya,”

“Saya rasa mahu memutuskan hubungan ini.” 

Polis mengatakan ini adalah perkahwinan kedua Tejpal dan pasangan itu sudah banyak kali bertengkar mengenai beberapa isu.

A2

 

Alahai, itulah kesabaran seseorang ada hadnya. Isu rumah tangga ni eloklah bincang baik-baik. Harap takde lagi kes macam ni. Nasib baik lah Tejpal ni selamat turun dari menara tu. Kalau min dah gayat dah.

Baca: “Supaya aku tak bunuh kau satu hari nanti” – Isteri List Down Semua Kebaikan Suami

A3

Sumber: ANI News
Sumber: ANI News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.