in

“Dia paksa aku buka kereta berkali2.. Mjur pntu kunci” – Warga Asing Cuba Pecah Masuk Kereta Wanita Ini, Siap Mengaku Ahli Keluarga Lagi

Bangla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata jenayah itu ada dimana-mana walaupun kita sangka yang kita berada di tempat paling selamat.


Macam yang berlaku kepada wanita ini semalam, tidak menjangkakan dia akan berhadapan dengan detik cemas apabila didatangi seorang lelaki dipercayai warga asing yang cuba memecah masuk ke dalam keretanya.

 

“Dia cakap dia family aku…Gila ke”

Wanita tersebut Ez Azhar dalam perkongsiannya di facebook berkata, lelaki tersebut cuba membuka pintu keretanya berkali-kali, malah mengaku dia merupakan anggota keluarga wanita itu.

Cubaan buka pintu kereta aku..Dia ckp aku family dia.. Gila ke..Dia paksa aku buka kereta berkali2.. Mjur pntu…

Posted by Ez Azhar on Sunday, February 24, 2019

Ez berkata secara eksklusif kepada Lobak Merah, yang dia ketika itu baru sahaja parking kereta di kawasan rumah selepas pulang membeli barang bersama anaknya yang berusia 6 tahun.

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang dipercayai warga asing cuba membuka kereta berkali kali tanpa menghiraukan keadaan sekitar pada ketika itu.

So disebabkan risau dengan apa yang mungkin terjadi, Ez bertindak menelefon suaminya yang berada di rumah.

 

“Lepas tak hirau buka kereta, lelaki tersebut paksa saya…”

Story 1

Berbalik kepada story Ez tadi, selepas dia menelefon suaminya, tak lama kemudian suaminya tiba, namun lelaki tersebut masih berada di sebelah kereta yang dipandunya itu sambil memandang Ez yang berada di dalam kereta tersebut..psikonya mamat ni.

Korang tengok sendiri video yang dikongsikan Ez di facebook miliknya.

Posted by Ez Azhar on Sunday, February 24, 2019

 

Selepas sahaja kejadian tersebut, dia terus membuat laporan polis bagi memastikan tiada kejadian seumpama berlaku di kawasan kediamannya khususnya di sekitar Ampang.

Ez berkata kejadian berlaku di Sri Bayu, Kg Tasek Tambahan di Ampang. Malah dia memaklumkan yang kawasan kediamannya itu memang ramai dihuni warga asing.

**bukan nak kata semua warga asing itu jahat, tapi just berhati-hati kalau pergi mana-mana especially wanita.

53364309 2253513421376048 862530635351195648 N

Sehingga kini perkongsian Ez di facebook telah mendapat lebih 3.7k shares di facebook.

Malah ramai yang memberi reaksi supaya wanita khususnya lebih berhati-hati selepas ini dan pastikan pintu kenderaan dikunci ketika berada di dalam kenderaan tersebut.

Masuk je dlm kereta pastikan pintu kena lock

Komen Satu

Komen Dua

Bagi ajaran sikit mat, diorang bukan paham!

Komen Tiga

Sekarang ini kat mana-mana pun tak selamat, jadi jangan ambil mudah kejadian macam ini okay.

Baca : Lelaki Warga Asing Cekik Budak Perempuan di Kolam Renang Sebelum Bogelkan Diri

Ratata

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.