in

“Artis & pencipta lagu tak dapat royalti” – Dakwa Dana Royalti Disalahguna, SPRM Serbu 4 Pejabat Pengurusan Royalti Artis

Duit Royalti Tak Bayaq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam telah menyerbu badan pengurusan royalti artis bagi memulakan satu siasatan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu.


Menurut Harian Metro, SPRM memulakan siasatan ini susulan maklumat yang dirujuk oleh Presiden Karyawan berhubung isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu yang diterima daripada pengusaha industri di Malaysia bagi tujuan persembahan awam atau ‘public performance’ yang mana royalti yang dikutip itu tak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu. 

Empat pejabat yang diserbu itu adalah:

  • Recording Performers Malaysia (RPM)
  • Public Performance Malaysia (PPM)
  • Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM)
  • Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP)

750001577E2D63C64E7F49Ce7Ec18896

“Satu operasi dijalankan semalam di empat pejabat yang dipercayai terlibat dalam proses kutipan royalti iaitu PPM, RPM, MACP dan PRISM.

“Setakat ini, SPRM sedang mengambil dokumen- dokumen yang terlibat untuk kajian dan penelitian. Beberapa individu yang terlibat akan dipanggil untuk membantu penyiasatan ini,” kata sumber.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya telah mengesahkan perkara tersebut dan memulakan siasatan berhubung isu berkenaan.

81585576414 Sprm

Buat masa ini menurutnya, terlalu awal untuk memberi sebarang komen berhubung siasatan tersebut. Untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terbabit, semua pihak diminta untuk tidak mensensasikan isu dan beri masa yang secukupnya kepada SPRM untuk jalankan siasatan telus, adil dan professional.

Siasatan ini akan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Harap keadilan dapatlah ditegakkan. Artis dan pencipta lagu pun macam kita juga mencari wang dan rezeki melalui duit royalti. 

Baca: “Sahabat artis, belajarlah dari Abam…” – Apa Saja Program Dakwah, Abam Sanggup Buat Walaupun Bayaran Tak Tinggi

Abam

Sumber: Malaysiakini
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.