Siapa tak kenal dengan Noraniza Idris atau lebih mesra dipanggil Kak Ani yang terkenal dalam memperjuangkan irama Malaysia ke mata dunia?
Lagu-lagunya sejak dari zaman 90s lagi jadi siulan ramai. Antara yang femes ialah Awallah Dondang, Ngajat Tampi, Hatinya Tak Tahan dan lain-lain.
“Tersentuh hati dengan seorang komposer. Sebab dia letak produk saya sebagai produk (lagu) tak laku”
Baru-baru ni, muncul sebuah rancangan di Astro bertajuk ‘Di Balik Idola‘ yang menampilkan Kak Ani sebagai artis jemputan. Kak Ani telah bercerita tentang kisah hidupnya kepada ramai dan salah satu ‘kisah’ yang buat netizen tercengang-cengang mendengarnya ialah berkenaan seorang komposer terkenal ni.
Ini antara yang digosipkan netizen kat Twitter yang menimbulkan persoalan ramai.
“Rasanya P**N***. Sebab dulu memang ada isu”
Kenyataan yang dikeluarkan Noraniza tu buat netizen mula teka meneka antara satu sama lain. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah ‘komposer lagenda’ yang sangat terkenal itu. Namun admin tak naklah sebut sini dan tuduh menuduh kerana orangnya pun sudah tiada.
“Sepatutnya Kak Ani dah ada pangkat Dato’… Berjuang lama, ni tak pi bagi dekat Rossa, Fizz Fairuz. Entah apa sumbangan dorang”
Walau bagaimanapun, admin rasa gosip-gosip ni semua kita patut letak tepilah sebab apa yang lebih penting ialah sumbangan yang diberikan Kak Ani terhadap negara dan dunia seni.
Setelah sekian lama Kak Ani berkecimpung dalam dunia nyanyian, netizen rasa tidak adil kenapa penyanyi bersuara lunak ini langsung tidak mendapat apa-apa penganugerahan termasuk title ‘Datuk’.
Syabas admin ucapkan Noraniza Idris kerana telah memperkenalkan irama Malaysia ke mata dunia. Apa-apapun min harap Kak Ani lupakanlah sengketa dengan komposer tersebut kerana tanpa dia siapalah Kak Ani sekarang kan? 🙂