in

“Dia janji bagi markah bagus” – Guru Kantoi Jalin Hubungan Dengan Pelajar, Minta Layan Nafsu 10 Kali

Guru Mesum Siswi

Kehilangan telefon bimbit berjaya membongkar hubungan sulit yang terjalin antara seorang guru lelaki dan anak murid perempuannya. Menurut Tribun, semuanya kantoi apabila gambar bogel gadis yang berusia 16 tahun itu tersebar.

Selepas disiasat pihak polis, gadis itu mengaku sudah bercinta dengan gurunya sejak tahun lepas. Malah, handphone yang dijumpai itu juga adalah pemberian guru berkenaan.

Saudara gadis itu sendiri yang membuat laporan polis dan ketika bertanya, dia mengaku gambar gambar bogel itu diambil untuk diberikan kepada guru atau kekasih gelapnya itu. Bukan itu saja, dia turut mengaku pernah berhubungan seks dengan guru yang sudah mempunyai isteri dan anak itu lebih kurang 10 kali.

Gadis itu juga berkata, gurunya berjanji akan memberikan markah yang bagus jika pelajar itu layan nafsu berahinya. Tapi, kalau dia tolak maka markah teruk akan diberikan.

Guru itu juga dikatakan selalu memberikan wang kepadanya sebanyak 50 hingga 150 ribu Rupiah serta dibelikan telefon bimbit. Tapi, ketika guru itu disoal siasat dia nafi memaksa gadis itu melayani nafsunya.

Dia mengaku mereka berdua menjalinkan hubungan cinta jadi hubungan seks yang mereka lakukan atas dasar suka sama suka. Guru itu juga tidak mengaku pernah berzina dengan anak muridnya itu lebih kurang 10 kali, sebaliknya hanya 3 kali sepanjang perkenalan.

Untuk persetubuhan seingat saya hanya tiga kali, dua kali di bulan Disember dan satu kali di awal tahun dan semuanya tanpa ada memaksa, kita suka sama suka.”

Mereka muka bercinta pada Oktober 2018 dan kali pertama mereka bersetubuh adalah pada Disember 2018. Ketika itu, gadis terbabit melawatnya di asrama sekolah dan kebetulan isteri dan anaknya tiada bersamanya di sana.

Saya tinggal di rumah guru, rumah itu sedang dibaik pulih jadi isteri dan anak tinggal di rumah ibu bapa saya buat sementara waktu. Setiap pulang sekolah saya tidak terus pulang, sebaliknya menunggu di asrama.”

Terdahulu, abang gadis tersebut dikatakan pernah memberi amaran dan menyuruh guru itu menjauhi adiknya yang masih di bawah umur. Mereka juga turut merampas telefon bimbit gadis itu untuk menghalangnya daripada hubungi guru terbabit.Namun, gadis itu tidak menghiraukan dan tetap berjumpa dengan kekasihnya serta meminta telefon bimbit baru sebab yang lama dah dirampas.

Saya belikanlah handphone sehingga komunikasi terjalin lagi. Hingga akhirnya korban ada mengirimi saya foto tanpa baju.”

Lepas dah kantoi, guru tu akui dah minta maaf pada isterinya dan berkata bukan dia yang menyebarkan gambar gambar bogel tersebut.

Saya menyesal atas kejadian ini, saya juga telah meminta maaf kepada isteri saya bahkan saya juga sudah bersujud kepadanya meminta maaf.”

Kes kini masih dalam siasatan pihak polis dan hukuman yang mungkin dikenakan kepada guru itu belum ditentukan.

Baca: “Eee jijik!” – Pesara Guru 60 Tahun Bercinta Dengan Pelajar Perempuan 14 Tahun Sejak 2 Tahun Lepas

Tembakmati