in

“Dia didakwa, belum ada hukuman” – Anwar Jelaskan Sebab Ambil Zahid Jadi TPM

Ft Anwar Ibrahim Pertahakan Zahid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta orang ramai untuk hormat proses perundangan yang dihadapi oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga mahkamah selesai membuat keputusan.

Perkara itu dibahaskan susulan dengan kritikan pelbagai pihak apabila Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Kita harus hormati – Anwar Ibrahim

Menerusi mStar, Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa beliau mengambil kira pelbagai faktor untuk menilai calon-calon dalam kabinet.

“Itu hak mereka pertikaikan. Tapi yang pertikaikan tu siapa dan alasan apa? Dia (Ahmad Zahid) didakwa, belum ada hukuman dan proses itu kita harus hormati.”

“Kebetulan juga dia adalah Presiden Umno dan Pengerusi BN. Dalam Kerajaan Perpaduan ini saya ambil kira semua faktor itu.”

Dalam pada itu, beliau turut memberikan respon atas dakwaan yang dibuat oleh Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkenaan dengan Jemaah Menteri di bawahnya adalah Kabinet ‘kleptokrat’ yang tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat.

Screenshot 2022 12 05 171821

Bekas Perdana Menteri itu juga turut menyifatkan ianya adalah sesuatu yang cukup mengecewakan dalam sejarah negara apabila seseorang yang dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Namun begitu, Anwar bersikap terbuka dan tidak melatah dengan kritikan itu, beliau mempertikaikan kwajaran Muhyiddin berusara tentang isu rasuah.

“Saya musykil, orang yang jerit soal rasuah itu harus bersih. Dia tak boleh jerit tapi ambil projek ratus-ratus juta. Sebab itu bila dicabar masa kempen dulu, saya kata sama-sama kita isytihar harta.”

Anwar juga menyatakan bahawa beliau mahukan orang lain termasuklah Pengerusi PN itu untuk isytihar harta sama ada dalam negara, Australia dan negara lain tetapi tiada jawapan.

Baca : Muhyiddin Patut Contohi DAP Yang Lebih Pentingkan Negara Demi Jayakan Kerajaan Perpaduan – Zahid Hamidi

Zahid Muhyiddin 1

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.