in

“Dia dh ckp hbis lembut tu” – [VIDEO] Netizen Kagum Cara Askar Ini Bagi Penerangan Untuk Suntik Vaksin

Fi Askar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita pergi dekat mana-mana pusat pemberian vaksin pun (PPV), mesti akan ada sukarelawan yang tolong kita untuk selesaikan proses vaksinasi tanpa sebarang masalah. Walaupun berdepan dengan ratusan penerima vaksin tiap hari, mereka tetap sabar dan layan sesiapa pun dengan sama rata.


Di samping sukarelawan, ada juga petugas keselamatan yang bertugas di setiap PPV. Tapi cara seorang petugas keselamatan ni nak uruskan proses vaksinasi ni patut diberi pujian.

 

Askar bagi penerangan 

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila tindakan seorang askar ini memberi penerangan di sebuah pusat vaksinasi boleh buat orang yang datang jadi kecut perut bila dengar.

Menerusi posting dimuat naik oleh seorang netizen di TikTok, dia menunjukkan situasi di mana pada hari itu dia menerima suntikan kedua vaksin.

Sewaktu tengah tunggu giliran, datang dua orang askar yang akan bagi penerangan lanjut kepada mereka semua di situ. Namun apa yang menjadi perhatian, cara seorang anggota ini yang begitu lantang ketika memberi penerangan. Kedengaran dia sedang memberi maklumat untuk penerima vaksin supaya memuat naik data yang diperlukan.

Bukan saja itu, anggota lelaki berkenaan siap berjalan dari depan sampai ke belakang supaya penerangannya kedengaran jelas oleh semua orang. Macam cikgu time peperiksaan dah.

Posting yang dikongsikan oleh @floresdeamorbyhr ini sehingga kini dah peroleh lebih daripada 360k views.

@floresdeamorbyhr

#armywife #kemterendakmelaka #vacc2nddos#alhamdulillah #supriseplanner #floresdeamor

♬ original sound – Flores De Amor by H❤️R – Flores De Amor by H❤️R

 

“Klu mcm ni gaya… nak tnye soalan pon takut”

Di ruangan komen, nyata gaya askar tersebut menarik perhatian ramai. Ada yang bergurau bahawa cara macam tu mesti buat orang ramai takut nak tanya soalan. Walau bagaimanapun, ramai yang faham sebab seorang askar memang kebiasaannya tegas dalam bertutur.

Reak Askar 1 Edit Reak Askar 3 Edit

Reak Askar 2 Edit

Dah macam vibe dalam kawad pun ada tu.

 

Baca : “Balik kau!” – [VIDEO] Petugas PPV Halau Warga Asing Datang Cucuk Vaksin, Rupanya Sebab...

Foot Askar

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.