in

“Dia dah serahkan surat resign kepada Tun M”- [TERKINI] Dr Maszlee Malik Bakal Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan?

Featured 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengejutkan!

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dijangka akan meletak jawatan dari kabinet pada hari ini.


Dikhabarkan, Dr Maszlee sudah serahkan surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tengahari ini, menurut Malay Mail.

Dia memberikan surat peletakan jawatannya hari ini dan PM telah menerimanya.”

Kl25
Sumber: borneo post online

Katanya beliau kini sedang dalam mesyuarat tergempar bersama kakitangan kementeriannya dan dijangka akan mengumumkan berkenaan keputusan tersebut dalam press conference lewat petang ini.

Bagaimanapun, punca kepada perletakan jawatan tersebut tidak diketahui.

Sidang akhbar tersebut dijangka diadakan pada pukul 4.30 petang ini di Bangunan Kementerian Pendidikan di Putrajaya.

Maszlee merupakan seorang bekas pensyarah dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 21 May 2018.

Baca : Hebat dia punya penangan!; Gara-gara Dr Maszlee Puji Raatchasi Pelakon Filem Tamil Jyotika Sampai Kirim Surat Rasmi!

Maszlee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.