Rata-rata peminat industri hiburan tanah air mengetahui tentang keadaan pelakon, Nadia Zainal Abidin atau lebih mesra dengan panggilan Nad Zainal yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru.
Dia telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pakar Ampang Puteri dan terpaksa ditidurkan selama dua hari.
Hari ini, Ungku Ismail telah berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal yang masih dirawat di ICU KPJ Ampang Puteri sejak minggu lalu.
https://www.instagram.com/p/CljFHBtj7DC/
Melalui video yang dimuat naik ke Instagramnya Ungku Ismail memberitahu, Nad Zainal menunjukkan perkembangan positif sejak tiga hari lalu dan sudah mula sedarkan diri.
Tambahnya pada masa yang sama, ada keadaan dimana ia agak membimbangkan juga apabila oksigen serta darah tingginya naik turun. Walaubagaimanapun, dia menunjukkan perkembangan kecil setiap hari.
“Alhamdulillah ada progress. Dalam tiga hari lalu doktor dah kurangkan dos ubat tidurnya.”
“Jadi dia ada buka mata serta gerak-gerakkan tangan dan bila kita bercakap dengan dia, dia hanya boleh menganggukkan kepala,” jelasnya.
Pada kali pertama Nad sedarkan diri, dia kelihatan agak panik apabila melihat keadaannya di hospital tapi, kami cuba menenangkan dia.
Walaupun dia menunjukkan perkembangan positif setiap hari, Nad masih memerlukan pemantauan rapi di ICU.
“Tak boleh nak gembira sangat kerana masih menunggu untuk paru-parunya betul-betul sembuh kerana kini mesin pernafasan masih belum dicabut walaupun kadarnya sudah dikurangkan.”
“Selagi mesin pernafasan belum dicabut saya masih tak keruan begitu juga keluarganya tak keruan melihat anak tunggalnya,” ujarnya.
Menurut Gempak, itu merupakan perkongsian pertama Ungku Ismail selepas didakwa merajuk dan berkecil hati terhadap warganet.
Justeru, Ungku Ismail tidak putus-putus meminta agar semua terus mendoakan kesihatan Nad agar cepat sembuh.
Mari lah kita sama-sama mendoakan kesihatan Nad Zainal..
Baca : Nad Zainal Alami Paru-Paru Berdarah, Kini Ditidurkan di ICU