in

Nad Zainal Alami Paru-Paru Berdarah, Kini Ditidurkan di ICU

Nad Zainal Sakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Industri hiburan tanah air hari ini dikejutkan dengan berita pelakon Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal, yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru.


Pelakon filem Kami Histeria itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri.

Menurut laporan Kosmo!, rakan baiknya Aina Liza memberitahu keadaan kesihatan Nad Zainal kini stabil dan perlukan rehat secukupnya.

“Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.

Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey.” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakan baiknya yang juga seorang pelakon iaitu Ungku Ismail Aziz menerusi laman Instagram miliknya meminta orang ramai dan peminat Nad Zainal untuk mendoakan kesejahteraannya.

Nz

Semoga Nad Zainal diberikan kesihatan seperti sedia kala…

Baca: “Please, stop” – Video Temuramah Tular, Nad Zainal Nafi Orang Ketiga Punca Penceraian

Untitled Design 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.