in

“Macam bengkokkan sudu sampai patah dua” – Lelaki 80 Tahun Mati Lepas Ahli Chiropractor Kepak Tulang Sampai Patah

Kiropraktik

Seorang lelaki berumur 80 tahun maut setelah menjalani rawatan chiropractic, dikatakan pesakit malang itu mengalami kecederaan di bahagian tulang kaki dan ingin mendapatkan rawatan melalui kaedah ini,

Menurut Daily Mail, pesakit itu maut akibat ahli chiropractor itu tersalah kepak bahagian tengkuknya.

 

Doktor tak check keadaan pesakit dan terus kepak

Sl168
Sumber : wob

Mangsa, John Lawler,  dikatakan sukar bernafas akibat kerosakkan tulang belakangnya selepas menjalani rawatan itu sebelum dia meninggal dunia.

Tanpa diduga, John  yang ingin mendapatkan rawatan daripada Dr Arleen untuk kepak tulangnya, namun ia bertukar kepada satu insiden tragis.

Memandangkan usianya dah tua, keadaan tulang John boleh dikatakan macam fleksibel dan sangat sensitif. Masa dia gunakan kaedah chiropractic ini tulang belakang dia macam sudu yang mudah dibengkokkan kedepan dan kebelakang berulangkali sampai boleh patah dua.

Namun dia tetap menjalani rawatan itu, dan doktor yang bertugas hanya menjalankan tugasnya tanpa menyemak keadaan John.

Keluarga John kini sedang membuat tindakan terhadap Majlis Chiropractic Am untuk mempertimbangkan latihan pertolongan cemas untuk kiropraktik dan melaksanakan imbasan x-ray sebelum menjalani rawatan ini.

Ia bertujuan untuk memastikan samada pesakit sesuai untuk rawatan ini selepas apa yang terjadi kepada John.

Malah mereka juga sedang memperjuangkan untuk mengelakkan ahli chiropractors daripada digelar ‘doktor’.

Penyiasatan mendedahkan bahawa chiropractor itu tidak menjalani apa-apa x-ray terhadap John sebelum rawatan, yang mungkin dapat mengesan bahawa keadaannya itu  mungkin tidak sesuai untuknya.

Hurm, kaedah chiropractic ini mungkin tidak memudaratkan kepada kita kalau dilakukan oleh orang-orang profesioanal, tetapi kena jugalah bergantung kepada keadaan individu, kalau tak habis jadi macam John  ni.

Adalah lebih baik kalau kita dapatkan pemeriksaan untuk mengenalpasti keadaan kita samada sesuai atau tidak sebelum melakukannya.

 

Baca : “Kes Bas Rempuh Remaja Hingga Maut” – Pemandu Bas Positif Dadah & Tiada Lesen Sah?!

Maut