in

“Dia boleh je keluar tapi…” – Anak Sebak Dedah Bapa Sanggup ‘Pergi’ Bersama Ibu Dalam Kebakaran Lepas…

Mati Bersama Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyayat hati.

Itulah ayat yang sesuai bagi menggambarkan kisah sepasang suami isteri warga emas yang memilih untuk ‘pergi’ bersama selepas si suami gagal mengangkat isterinya yang berkerusi roda dan satu-satunya jalan keluar dari rumah mereka runtuh akibat kebakaran.


Hiouse Fire 5 E1668305366750

Kenneth dan Phyllis Zerr, masing-masing berusia 84 tahun disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Missouri, Amerika Syarikat, akibat terhidu asap selepas rumah mereka terbakar.

Menurut anak mangsa yang terselamat, Andy, bapanya sempat menelefon talian kecemasan dan membuka pintu untuk pihak bomba namun, dia segera berpatah balik ke dalam rumah yang terbakar untuk menyelamatkan isterinya.

“Ibu (Phyllis) menggunakan kerusi roda dan ketika kejadian, ibu terjatuh dalam tandas. Ayah dah sumbat tuala pada celah pintu untuk elakkan asap masuk tapi cubaan gagal.” jelas Andy.

Usaha Kenneth akhirnya menemukan jalan buntu selepas satu-satunya jalan keluar daripada rumah mereka roboh sekali gus memerangkap dirinya dan isteri di dalam tandas bilik tidur utama.

Hiouse Fire 4 E1668305418999

“Kami tahu ayah sempat keluar tapi dia sendiri menegaskan pada bomba yang dia takkan tinggalkan ibu lalu memilih untuk mati bersama,” tambahnya lagi.

Pasangan Kenneth dan Phyllis Zerr dilaporkan sempat menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-63 pada September lalu.

Meski masih dalam siasatan, kebakaran yang meragut pasangan suami isteri itu disyaki tidak disengajakan dan berpunca daripada perkakas yang disimpan di ruangan bawah tanah rumah.

 

Sumber: CBS News

Baca: Cinta Sehidup Semati, Kisah Pilu Ida Straus Yang ‘Ikut’ Hanyut Dalam Kapal Titanic Sebab Nak Ikut Suami

Ft Titanic E1668304506718

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.